Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

AQUAMAN AND THE LOST KINGDOM: Amber Heard Sah Kembali Sebagai Mera, Kongsi Video Persiapan & Nota Dari James Wan

Pelakon Amber Heard nampaknya bakal kembali meneruskan peranannya sebagai Mera dalam filem sekuel Aquaman and The Lost Kingdom. Pekara tersebut disahkan sendiri pelakon itu menerusi perkongsian gambar dan video persiapannya di media sosial Instagram miliknya. 

Dalam video tersebut, Heard melakukan senaman bagi mempersiapkan fizikalnya sebelum menjalani penggambaran filem sekuel Aquaman yang dijangka akan bermula tidak lama lagi. Selain itu juga, dia turut kongsikan nota ‘selamat datang’ yang ditulis oleh James Wan dan penerbit Rob Cowan. 


Buat masa ini, tidak banyak maklumat mengenai sekuel Aquaman. Namun, jika dilihat pada tajuk filem, peminat mungkin dibawa ke kota misteri yang dipanggil Necrus. Dijangkakan, hubungan antara Anthur Curry dan Mera yang terus berkembang dalam filem akan datang. 

Aquaman and The Lost Kingdom dibintangi Jason Momoa sebagai watak utama Arthur Curry / Aquaman, Amber Heard, Yahya Abdul-Mateen II, Patrick Wilson, Randall Park, Dolph Lundgren, Temuera Morrison dan Pilou Asbæk. James Wan akan kembali sebagai pengarah, manakala lakon layar akan ditulis oleh duo dari filem pertama, David Leslie dan Johnson-McGoldrick.

Filem terbaru ini telah ditetapkan tarikh tayangan pada 16 Disember 2022. 

Related posts

Temuera Morrison Teruja Dapat Muncul Dalam Siri “Obi-Wan Kenobi”

Kakimuvee

Muat Naik Klip “Mat Kilau” Di TikTok, Syamsul Yusof Beri Amaran – Padam Atau Dikenakan Tindakan Saman

Kakimuvee

Disney Sahkan Kedudukan “Doctor Strange 2” Dalam ‘Timeline MCU’

Kakimuvee

Steve Carell Kembali Ke “The Office” Sebagai Gru Dalam Promo Terbaru “Minions: The Rise of Gru”

Kakimuvee

Membahayakan Kanak-Kanak Antara Tuduhan Terbaru Yang Dilemparkan Terhadap Ezra Miller

Kakimuvee

#RompakDaebak: Anda Telah Direkrut Untuk Rompakan Wang di Kawasan Ekonomi Bersama di KL

Kakimuvee

Leave a Comment