
Perbicaraan kes saman fitnah diantara Johnny Depp dan Amber Heard menyaksikan satu pendedahan baharu yang akan memberi kelegaan kepada peminat yang menyokong bintang Pirates of the Caribbean, Johnny Dee
Seperti yang peminat tahu, Depp telah disenaraihitamkan oleh Warner Bros. dan dikeluarkan dari francais Fantastic Beasts susulan dakwaan penderaan domestik oleh Heard.
Namun, perbicaraan yang sedang berlaku ini telah mendedahkan lebih banyak kebenaran, sehinggakan peminat merasakan Heard berbohong tentang penderaan yang dialaminya dan sengaja mahu merosakkan kerjaya Depp. Sehubungan itu, ramai peminat Depp tertanya-tanya kenapa Heard tidak disingkirkan dari Aquaman and the Lost Kingdom.
Satu petisyen yang mahu dia disingkirkan dari filem itu telah diwujudkan, dan baru-baru ini ia telah menjangkau lebih 4 juta tandatangan – satu jumlah yang tidak harus dipandang ringan oleh studio Warner Bros.Â
Semasa memberi keterangan di kamar mahkamah baru-baru ini, Heard mendedahkan bahawa dia telah dilepaskan dari kontrak oleh Warner Bros., dan dia terpaksa ‘melawan’ untuk mendapatkan kembali peranannya sebagai Mera.Â
“They released me from my contract. And, I fought to stay in it, and they kept me in it; I just don’t know how much I’m in, actually, of the final cut,”
“I don’t know if I will even be in the final cut or how much I will be. It was difficult to stay in the movie.” – Amber Heard
Terdapat laporan mengenai ‘screentime’ Amber Heard dalam Aquaman and the Lost Kingdom, yang mana laporan itu menyebut, masa skrin Heard dalam filem itu kurang dari 10 minit. Pendedahan yang dibuat Heard itu mengesahkan laporan tersebut, dan ternyata, peranannya itu tidak begitu penting dalam sekuel akan datang.Â
Terdapat spekulasi yang mengatakan bahawa peranan Mera mungkin akan dimatikan, tetapi Warner Bros. dijangka mengambil pendekatan berbeza dengan menggantikan pelakon lain untuk watak Mera. Tambahan pula, watak itu sangat penting dalam mitos Aquaman dan kisah Arthur Curry.Â
Aquaman and The Lost Kingdom diterajui Jason Momoa sebagai watak utama Arthur Curry / Aquaman, dan dia disertai Amber Heard, Yahya Abdul-Mateen II, Patrick Wilson, Randall Park, Dolph Lundgren, Temuera Morrison dan Pilou Asbæk. James Wan kembali sebagai pengarah dengan David Leslie dan Johnson-McGoldrick sebagai penulis lakon layar.Â
Warner Bros. menetapkan tarikh tayangan filem sekuel ini pada 17 Mac 2023.Â