Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Projek James Wan Seterusnya Bukanlah Filem Aquaman 2

Kejayaan James Wan mengemudi filem Aquaman pada tahun lalu telah membuatkan penonton tidak sabar untuk menantikan sekuel filem tersebut dihasilkan, lebih-lebih apabila mengentahui Wan akan kembali ke kerusi pengarahan filem tersebut.

Bagaimanapun dalam tembual bersama Cinemablend sempena mempromosikan filem Annabelle Comes Home baru-baru ini, pengarah dari Australia itu memberikan sedikit berita sedih apabila mendedahkan projek seterusnya pada akan datang bukanlah Aquaman 2. 

“It wouldn’t be Aquaman 2 just yet.”

Warner Bros. sebelum ini mengesahkan Aquaman 2 akan dihasilkan dan Wan akan kembali terlibat dalam projek tersebut, tetapi tidak dapat dipastikan sejauh mana penglibatan pengarah tersebut dalam filem Aquaman 2 – sama ada sebagai pengarah atau sekadar penerbit.

Dalam temubual itu juga, Wan mendedahkan beliau kini menghasilkan sesuatu yang baru, cuma beliau belum bersedia untuk mendedahkannya kepada peminat.

“I think I kind of know [what I want to direct next]… I have something else I’ve been cooking up but I’m not really sure just yet.”

Sebagai penerbit, James Wan mempunyai banyak projek dimasa hadapan. Selain Conjuring 3 dan filem reboot Mortal Kombat, beliau dilaporkan akan terlibat dalam beberapa projek filem antaranya The Tommyknockers dan Salem’s Lot yang merupakan adaptasi dari novel Stephen King, spin-off Conjuring, The Crooked Man dan The Nun 2 serta spin off Aquaman, The Trench.

Aquaman sebelum ini telah mencipta kejutan dilayar box office apabila berjaya meraih $1.1 bilion dolar seluruh dunia. Jason Momoa dan Amber Heard dilaporkan akan kembali membawakan watak masing-masing dalam filem kedua akan datang, manakala David Leslie Johnson-McGoldrick telah diberi tanggungjawab oleh pihak studio untuk menulis skrip.

Aquaman 2 dijangka akan menemui penonton pada Disember 2022

Related posts

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer Black Adam Pamer Dwayne Johnson Sebagai Anti-Hero Utama

Kakimuvee

DC FanDome: Lebih Dari Satu Flash Serta Supergirl & Batman, Antara Yang Digoda Dalam Trailer Pertama The Flash

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer The Batman Papar Sisi Gelap Robert Pattinson Sebagai Bruce Wayne

Kakimuvee

Leave a Comment