Berita

"Aquaman 2 Akan Mendapat Sentuhan Seram" - James Wan

Views

Pengarah Aquaman 2, James Wan mengatakan sekuel akan datang bakal mempunyai sentuhan seram.

Halaman Twitter DC Comics kongsikan petikan dari sesi Soal Jawab DC FanDome dengan Wan, yang mana pengarah tersebut menjawab soalan seorang peminat yang bertanya apakah akan ada "sentuhan seram" dalam Aquaman 2 seperti babak yang melibatkan Trench dalam filem pertama. Wan menjawab:

"I would say yes. Just like the first movie had a touch of my horror sensibility in it, in regards to the Trench sequence, I would say there'll be a little bit of that in this next one. I think it's something that's a big part of who I am, and it just naturally comes out in these kinds of films. And especially a movie like Aquaman, you know where the story takes place in these underwater worlds that can be very scary. So naturally, my love for the horror genre just means that I latch myself to these scenes and try to give them a little bit more of my scary sauce."

Wan merupakan antara pengarah yang terkenal dengan genre seram. Bermula dengan francais Saw sebagai pencipta bersama, Wan terus mengarahkan banyak filem-filem seram seperti Insidious, Insidious: Chapter 2 dan The Conjuring serta menulis lakonlayar The Nun. Walaupun latarbelakangnya banyak melibatkan filem-filem seram, Wan membuktikan dia juga dapat mengendalikan filem aksi berbajet besar seperti Furios 7.

Filem pertama, yang juga diarahkan Wan, telah dilancarkan pada 2018 dan menampilkan Jason Momoa sebagai watak utama bersama-sama Amber Heard, Willem Dafoe, Patrick Wilson, Nicole Kidman dan Dolph Lundgreen. Walaupun Aquaman merupakan karakter adiwira yang sering menjadi bahan ejekan, ia berjaya memperoleh lebih dari $1 billion dolar di seluruh dunia.

Pada awal tahun 2019, Warner Bros mengumumkan secara rasmi perancangan Aquaman 2 dan menetapkan tarikh tayangan untuk sekuel tersebut pada 16 Disember 2022, empat tahun selepas filem pertama. Aquaman pertama kali muncul dalam DCEU menerusi filem Batman v Superman: Dawn of Justice sebagai watak cameo dan menjadi watak penting dalam filem Justice League pada 2017. Selain Wan dan sebilangan besar pelakon, turut kembali dalam projek Aquaman 2 adalah penulis bersama David Leslie Johnson-McGoldrick.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks