BeritaSiri TV

AppleTV Akan Hasilkan “Master Of The Air”, Kesinambungan Dari Siri Band of Brothers, The Pacific

View

Apple secara rasminya melancarkan projek rancangan ‘original’ mereka sendiri berjudul Master of the Air, yang juga merupakan kesinambungan dari minisiri Band of Brothers dan The Pacific terbitan HBO serta Tom Hanks dan Steven Spielberg.

Menurut laporan dari The Hollywood Reporter, bekas penulis Band of Brothers, John Orloff akan bertindak selaku penerbit siri terbaru itu nanti. Master of the Air sepatutnya diterbitkan HBO pada 2013 selepas kejayaan dua minisiri sebelum itu. Bagaimanapun, mereka terpaksa melepaskannya disebabkan kos projek yang terlampau tinggi iaitu mencecah $250 juta.

Master of the Air diadaptasikan dari novel non-fiksyen karya Donald L. Miller berjudul “Masters of the Air: America’s Bomber Boys Who Fought the Air War Against Nazi Germany,” Ia akan berkisarkan tentang perang udara semasa Perang Dunia Kedua dari pengalaman pasukan Eight Air Force, juga dikenali sebagai Mighty Eighth.

Hanks dan Speilberg dilaporkan akan kembali sebagai penerbit eksekutif bersama-sama Gary Goetzman.

Band of Brothers keudara pada tahun 2001 dan pelbagai anugerah berprestij antaranya Anugerah Emmy bagi kategori “Outstanding Miniseries” dan Anugerah Golden Globe bagi kategori “Best Miniseries or Motion Picture Made for Television”. Minisiri kedua berjudul The Pacific telah keudara pada 2010 dan telah telah tercalon dalam 24 kategori Primetime Emmy Awards dan memenangi 8 daripada termasuklah kategori “Outstanding Miniseries”

BACA:  Setelah Lama Tergendala, Kini Sekuel Maleficent Dalam Proses Pembikinan

Tinggalkan Balasan

shares