Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial Trailer

Apple TV+ Lancar Trailer Filem Lakonan Ana de Armas & Chris Evans “Ghosted”

Trailer rasmi pertama untuk filem Apple TV+ yang akan datang, Ghosted, telah dilancarkan, menawarkan pandangan pertama filem aksi romantik lakonan Chris Evans & Ana de Armas. Filem terbaru ini akan membuat debut di Apple TV+ pada 21 April ini.

Ghosted mengikuti Cole dan Sadie, masing-masing dimainkan oleh Chris Evans dan Ana de Armas. Selepas ditinggalkan secara tiba-tiba oleh Sadie, Cole memutuskan untuk membuat kejutan padanya di London. Tidak lama kemudian, dia mendapati bahawa Sadie sebenarnya adalah ejen rahsia, yang membawa pasangan itu hanyut dalam penggembaraan yang mendebarkan. 

Anda boleh tonton trailer Ghosted dibawah:

Ghosted ditulis oleh penulis Deadpool dan Zombieland, Paul Wenick dan Rhett Reese, dan doiarahkan oleh Dexter Fletcher (Rocketman). 

Chris Evans pada asalnya digandingkan dengan rakan MCU-nya, Scarlett Johansson, tetapi bintang Black Widow itu terpaksa berundur dari projek ini disebabkan masalah pertindihan jadual. Tempatnya kemudian digantikan dengan Ana de Armas. 

Related posts

Zack Snyder Kongsikan Poster Epik Untuk Acara ‘Trilogi Snyderverse’ Yang Akan Berlangsung Bulan Hadapan.

Kakimuvee

Owen Wilson Kongsikan Jangkaan Tarikh Tayangan ‘Loki’ Musim 2

Kakimuvee

Poster ‘The Hunger Games: The Ballad of Songbirds & Snakes’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Durasi Tayangan ‘Guardians of the Galaxy Vol. 3’ Didedahkan, Paling Lama Berbanding 2 Filem Sebelum Ini

Kakimuvee

Kutipan Minggu Pertama ‘Shazam! Fury of the Gods’ Jauh Lebih Rendah Dari ‘Black Adam’

Kakimuvee

Saksikan Trailer Red Band ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Leave a Comment