Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Apple Lancarkan Trailer Pertama The Banker Lakonan Samuel L. Jackson & Anthony Mackie

Apple TV+ telah melancarkan trailer pertama filem The Banker lakonan Samuel L. Jackson dan Anthony Mackie yang akan membawa penonton ke dunia hartanah era 1950an. Anda boleh saksikan trailer filem tersebut di pemain video dibawah.

The Banker merupakan filem drama yang berdasarkan kisah dua benar usahawan Afrika Amerika, Benard Garrett (Anthony Mackie) dan Joe Morris (Samuel L. Jackson) yang cuba membina empayar perniagaan semasa era rasis pada tahun 1950an. Mereka merekrut seorang individu kulit putih kelas pertengahan, Matt Steiner (Nicholas Hoult) dan melatihnya untuk menyamar sebagai ketua empayar perniagaan, manakala kedua-dua mereka menyamar sebagai pencuci tandas dan budak suruhan.

Isteri Benard, Eunice (Nia Long) menjadi individu penting dalam membina syarikat perniagaan mereka. Garret dan Morris menjadi dua pemilik hartanah yang paling kaya dan berjaya disebabkan peranan Steiner. Bagaimanapun kejayaan mereka tergugat apabila rahsia kejayaan yang kononnya dikecapi Steiner mula terbongkar

George Nolfi akan mengarah filem ini berdasarkan skrip yang ditulis oleh Nicole R. Levy, David Lewis Smith, Stan Younger dan Nolfi. Anthony Mackie akan turut bertindak selaku penerbit.

The Banker akan ditayangkan di pawagam US pada 6 Disember ini dan Apple TV+ padaa Januari 2020.

Related posts

Trailer Money Heist Musim Ke-5 Bab. 1: Menyerah Diri Bukanlah Pilihan

Kakimuvee

Trailer Terbaru “Venom: Let There Be Carnage” Tunjuk Keganasan Villain Utama

Kakimuvee

Rosa Salazar Mahu Membalas Dendam Dalam Trailer “Brand New Cherry Flavor”

Kakimuvee

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

Trailer “Supergirl” Musim Ke-6 Goda Episod Terakhir Siri The CW

Kakimuvee

Simu Liu Tidak Boleh Lari Dari Takdir Dalam TV Spot Terbaru “Shang-Chi”

Kakimuvee

Leave a Comment