Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Apple Bakal Terbitkan Filem The Banker Lakonan Samuel L. Jackson & Anthony Mackie,


Syarikat teknologi Apple bakal menerbitkan filem The Banker dan akan disiarkan dilaman streaming mereka, Apple TV+ tidak lama lagi. Menurut laporan dari The Wrapfilem tersebut akan dibintangi pelakon seperti Samuel L. Jackson, Anthony Mackie, Nicholas Hoult dan Nia Long.

The Banker merupakan filem drama yang berdasarkan kisah dua benar usahawan Afrika Amerika, Benard Garrett (Anthony Mackie) dan Joe Morris (Samuel L. Jackson) yang cuba membina empayar perniagaan semasa era rasis pada tahun 1950an. Mereka merekrut seorang individu kulit putih kelas pertengahan, Matt Steiner (Nicholas Hoult) dan melatihnya untuk menyamar sebagai ketua empayar perniagaan, manakala kedua-dua mereka menyamar sebagai pencuci tandas dan budak suruhan.

Isteri Benard, Eunice (Nia Long) menjadi individu penting dalam membina syarikat perniagaan mereka. Garret dan Morris menjadi dua pemilik hartanah yang paling kaya dan berjaya disebabkan peranan Steiner. Bagaimanapun kejayaan mereka tergugat apabila rahsia kejayaan yang kononnya dikecapi Steiner mula terbongkar

George Nolfi akan mengarah dan menulis skrip filem ini manakala Anthony Mackie akan turut bertindak selaku penerbit. Setakat ini, tiada tarikh tayangan filem ini diumumkan Appe TV+.


Related posts

Poster Terbaru Monarch: Legacy of Monsters Untuk Siri Terbaru MonsterVerse Apple TV+

Kakimuvee

Trailer The Crowded Room: Tom Holland Terajui Drama Thriller Terbaru Apple TV+

Kakimuvee

Apple TV+ Lancar Trailer Filem Lakonan Ana de Armas & Chris Evans “Ghosted”

Kakimuvee

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Leonardo DiCaprio & Martin Scorsese Kembali Bergandingan Dalam Filem Thriller Terbaru Untuk Apple TV+

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “Godzilla and the Titans” Beri Pandangan Awal Untuk Siri Terbaru Apple TV+

Kakimuvee