Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Apakah Ia Batu Infiniti dalam Filem Marvel? Tonton Video Ini Untuk Mengentahuinya

thanos-infinity-gems

Sudah lapan tahun Marvel Cinematic Universe (MCU) menghasilkan filem-filem Marvel, dan kini setelahĀ 12 filem Marvel ditayangkan, ianya semakinĀ menghampiri filem yang bakal mengetengahkan penjahat terkuat dalam dunia Marvel, Thanos iaituĀ Avengers: Infinity War.Ā Sekiranya anda mengikut komik Marvel ini, Thanos sedang merancang untuk mengumpulkan kesemua 6 batu infiniti untuk diletakan pada ‘Infinity Gauntlet’ dan menguasai cakera alam.

Bagi yang tidak mengikuti sangat filem ini, pasti akan merasa sedikit keliru, tetapi sebenarnya setiap filem-filem Marvel sepertiĀ The Avengers, Thor, Guardians of The Galaxy, Iron Man, dan sebagainyaĀ (kecuali X-Men) adalah berkait rapat dan sesetengah filem tersebut memaparkan batu-batu Infiniti yang menjadi buruan supervillian Thanos.

Batu Infiniti adalah objek yang paling berkuasa sekali di alam semester, dan sekirannya ianya digabungkan, ia akan memberi kuasa yang tidak terhingga kepada si pemakainya. Disebabkan itu, Thanos benar-benar ingin mendapatkan batu tersebut. Setakat ini sudah 4 batu Infiniti telah ditunjukan dalam filem-filem Marvel, dan lagi dua batu Infiniti akan ditayangkan dalam filem akan datang.

thanos

Ok, kami senaraikan batu-batu Infiniti yang telah ditunjukkan dalam filem Marvel:-

  • Space Stone – Batu 4 segi Tesseract berwarna biru cair dalam filem Captain America: The Firts Avenger dan The Avengers
  • Reality Stone – Aether, serbuk berwarna hitam yang masuk dalam badan teman wanita Thor dalam filemĀ Thor: The Dark World.
  • Power Stone – Batu berwarna ungu yang diletakan dalam Orb dalam filemĀ Guardians of the Galaxy
  • Mind Stone – yang terdapat pada tongkat Loki dan sekarang berada di kepala Vision dalam filemĀ Avengers: Age of Ultron.

Setakat ini, Time Stone atau Soul Stone tidak muncul dalam filem-filem Marvel dan mungkin akan ditunjukan dalam filem Marvel akan datang,Ā Doctor Strange.Ā 

infinity stone

Batu-batu inilah yang menjadi buruan Thanos untuk menguasai dunia. Sebab itu kadang-kadang karakter Thanos akan muncul dalam babak ‘post-credit’ dan dalam beberapa babak dalam filem Marvel.

Cuma buat masa sekarang ini, kita tidak akan melihat karakterĀ Thanos sebagai watak penting dalam filem-filem akan datang sehingga filem terbaru Avengers: Infinity War. Filem Avengers: Infinity WarĀ terbahagi kepada dua bahagian iaitu Part 1 dan Part 2 yang akan ditayangkan pada 2018 dan 2019 nanti.Ā Ā Bagi yang ingin mengentahui apakah batu Infiniti, boleh tengok video dibawah, sedikit info mengenainya.

Related posts

Saksikan Trailer Red Band ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Saksikan Trailer ‘Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves’ & Poster Karakter Terbaru

Kakimuvee

Netflix Keluarkan Video Klip dan Poster Pertama ‘Murder Mystery 2’

Kakimuvee

Apple TV+ Lancar Trailer Filem Lakonan Ana de Armas & Chris Evans “Ghosted”

Kakimuvee

[TRAILER] Keira Knightley Bintangi Filem Jenayah Disney+ Hotstar ā€œBoston Stranglerā€

Kakimuvee

[TRAILER] The Flash: Barry Allen Terperangkap Dalam Realiti Alternatif Tanpa Metahuman.

Kakimuvee

Leave a Comment