Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia

Apakah Babak-Babak Tambahan Dalam Avengers: Endgame Bring Back Event? AMARAN SPOILER!

Tayangan semula filem Avengers: Endgame Bring Back Event telahpun bermula hari ini. Seperti yang diberitahu oleh Bos Marvel Studios, Kevin Fiege, tayangan semula filem Avengers: Endgame ini adalah sekadar perluasan pemasaran terutamanya untuk filem Spider-Man: Far From Home.

Menurut Marvel Studios lagi, antara babak tambahan yang dimasukkan dalam Avengers: Endgame Bring Back Event adalah tribute kepada Stan Lee, babak yang dipotong dan babak post credit.

Jadi kepada peminat filem-filem Marvel Studios, pastinya anda ingin mengentahui adakah berbaloi ataupun tidak menonton filem Avengers: Endgame Bring Back Event. Jika ada yang bercadang untuk tonton semula filem Avengers: Endgame dan tidak mahu sebarang spoiler, kami cadangkan kepada anda untuk berhenti membaca setakat perenggan ini sahaja.

Kerana kami sebenarnya ingin dedahkan kepada anda (yang tidak kisah dengan spoiler) apakah babak tambahan yang ditunjukkan dalam versi terbaru Avengers: Endgame. Jadi secara teknikalnya, artikel ini mengandungi ‘MAJOR SPOILER’ untuk filem Avengers: Endgame Bring Back Event.

AWAS!!! AMARAN SPOILER UNTUK FILEM AVENGERS: ENDGAME BRING BACK EVENT

Adakah terdapat babak baru dimasukkan diantara perjalanan cerita filem Avengers: Endgame Bring Back Event?

Tiada. tiada babak baru dimasukkan diantara permulaan sehingga penamat cerita filem ini. Tiada perubahan ‘ending’ filem ini, karakter yang mati seperti Black Widow tidak dihidupkan menggunakan ‘Infinity stone’, Tony Stark tetap mati dan segala-galanya tiada penambahan.

Jika tiada, apakah babak tambahan yang dimasukkan dalam versi terbaru ini.

Terdapat 3 pecahan babak tambahan dalam filem Avengers: Endgame Bring Back Event, iaitu:

A. Tribute kepada mendiang Stan Lee.

Seperti apa yang didedahkan Marvel Studios, mereka memasukkan babak tribute kepada legenda komik Marvel, mendiang Stan Lee. Babak tribute ini memaparkan video-video belakang tabir semasa pembikinan babak-babak cameo yang melibatkan mendiang Stan Lee. Babak ini sedikit emosional bagi yang meminati legenda komik Marvel ini.

B. Deleted scene

Seperti yang dijanjikan Marvel Studio, mereka ‘bermurah hati’ menghadiahkan kepada penonton babak yang dipotong dari filem Avengers: Endgame. Bagaimanapun hanya satu sahaja babak yang dipaparkan kepada penonton dan babak tersebut tidak siap sepenuhnya dari segi ‘editing’

C. Promosi Spider-Man: Far From Home / post credit.

Babak tambahan terakhir versi ini adalah untuk mempromosikan filem Marvel akan datang, Spider-Man: Far From Home. Babak tersebut memaparkan Nick Fury dan Maria Hill pertama kali bertemu Mysterio ditengah-tengah kekacauan yang disebabkan Elementals. Secara teknikalnya, babak ini adalah babak ‘post credit’ untuk filem Avengers: Endgame, cuma anda telah menontonnya terlebih dahulu menerusi trailer/tv spot Spider-Man: Far From Home sebelum ia dimasukkan sebagai babak tambahan Avengers: Endgame Bring Back Event

Jadi adakah berbaloi untuk tonton semula versi terbaru ini? Terpulang kepada anda semua. Jika anda kipas-susah-mati Marvel Cinematic Universe, anda pasti tidak akan lepaskan pulang menonton babak eksklusif tribute untuk mendiang Stan Lee.

Related posts

8 Rancangan Netflix Bertema Balas Dendam Yang Pasti Membuatkan Korang Rasa Puas Hati

Kakimuvee

6 Filem Terbaik Korea Lebih Sedekad Yang Lalu

Natasha

6 K-DRAMAS YOU CAN WATCH TO HELP SOOTHE YOUR TRAVEL ITCH

Kakimuvee

5 Sebab Kenapa The King’s Affection Akan Mencuri Hati Anda

Zulaikha

4 Sebab Untuk Menonton Lakonan Hebat Han So-hee Dalam “My Name”

Zulaikha

Kisah Pemberontakan Kapal Perang Soviet Storozhevoy Yang Menjadi Inspirasi Kepada Novel “The Hunt for Red October”

Kakimuvee

Leave a Comment