Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Apabila Zoo Kosong, Mereka Terpaksa Menyamar Menjadi Haiwan Dalam Trailer SECRET ZOO

Kepada peminat filem-filem Korea, siap sedia dengan filem terbaru yang diedarkan GSC Movies. Filem bertemakan komedi Secret Zoo bakal menemui penonton pada 13 Februari ini.

Tae-Soo, peguam pelatih tersekat dengan jawatan sementara di sebuah firma perundangan terkenal, berhasrat untuk mendapatkan jawatan sepenuh masa di syarikat itu. Dia berpeluang untuk membuktikan kebolehannya apabila dia ditugaskan untuk menghidupkan semula sebuah zoo yang hampir muflis.

Memandangkan tiada lagi haiwan di zoo itu, dia mendapat idea dengan meminta pekerja di sana untuk berpakaian seperti haiwan. Zoo baru itu dibuka dan menerima sambutan menggalakkan apabila sebuah rakaman video dirinya berpakaian seperti seekor beruang kutub menjadi tular. Akhirnya dia diterima sebagai pekerja tetap di firma itu, tetapi ketika dia bakal meninggalkan zoo itu, dia mendapat tahu niat sebenar syarikat tersebut.

Filem arahan Son Jae-Gon ini dibintangi pelakon seperti Ahn Jae-Hong, Kang So-Ra, Park Young-Gyu, dan Kim Sung-Oh.

Related posts

Trailer Money Heist Musim Ke-5 Bab. 1: Menyerah Diri Bukanlah Pilihan

Kakimuvee

Trailer Terbaru “Venom: Let There Be Carnage” Tunjuk Keganasan Villain Utama

Kakimuvee

Rosa Salazar Mahu Membalas Dendam Dalam Trailer “Brand New Cherry Flavor”

Kakimuvee

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

Trailer “Supergirl” Musim Ke-6 Goda Episod Terakhir Siri The CW

Kakimuvee

Simu Liu Tidak Boleh Lari Dari Takdir Dalam TV Spot Terbaru “Shang-Chi”

Kakimuvee

Leave a Comment