
Seorang ibu pasti tidak mahu anaknya leka dengan permainan video, tetapi jika sudah mencuba pelbagai cara namun gagal untuk menghentikan minat seorang remaja, menubuhkan pasukan e-sukan adalah jalan terakhir.Â
Itulah sedikit gambaran dari filem Thailand berjudul Mother Gamer yang akan ditayangkan dipawagam 15 Oktober ini.Â
Mother Gamer berkisar tentang seorang ibu tunggal yang mendapati anak lelaki remajanya, iaitu seorang pelajar pintar dan cemerlang di sekolah, menyertai sebuah pertandingan e-sukan. Kecewa dengan tindakan itu, dan tidak mahu anaknya memilih bidang permainan video sebagai karier. Dia kemudiannya menubuhkan pasukannya sendiri bagi menewaskan anaknya dalam pertandingan yang sama, dengan harapan dapat menghentikan minat anaknya terhadap permainan video.
Diarahkan Yanyong Kuruaungkoul, Mother Gamer dibintangi pelakon seperti Phiyada Jutharattanakul, Lapat Ngamchaweng, Tonhon Tantivejakul, dan Weeraya Zhang.Â
https://youtu.be/dHUA4cabnKE