Fox Searchlight telah melancarkan trailer dan poster terbaru filem thriller komedi berjudul Ready or Not. Ianya dibintangi Samara Weaving sebagai wanita bernama Grace yang perlu menyelamatkan diri dari permainan ‘hide-and-seek’ yang dianjurkan keluarga mertuanya. Anda boleh tonton trailer filem tersebut dibawah.
Ready or Not mengisahkan seorang perempuan yang baru berkahwin dan menyertai keluarga kaya suaminya dalam aktiviti tradisi turun temurun yang dihormati, tetapi situasi berubah menjadi permainan menggerunkan di mana semua ahli keluarga suaminya ingin mencarinya dengan niat untuk membunuhnya selaku pengantin wanita.
Turut membintangi filem ini adalah Andie MacDowell, Adam Brody, Mark O’Brien, Henry Czerny, Kristian Bruun, Melanie Scrofano dan Elyse Levesque.
Filem ini diarahkan oleh Tyler Gillett dan Matt Bettinelli-Oplin, mereka merupakan pengarah dari kumpulan pembikin filem seram terkenal, Radio Silence Production. Skrip pula ditulis oleh Guy Busick dan Ryan Murphy.
Ready or Not dijangka akan menemui penonton pada 22 Ogos 2019