Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Apabila Anda Menerima Panggilan Dari Si Mati, Saksikan Trailer Filem Don’t Let Go


Blumhouse Productions telah melancarkan trailer rasmi filem aksi thriller supernatural berjudul Don’t Let Go lakonan David Oyelowo (Selma) dan Storm Reid (A Wrinkle in Time). Anda boleh tonton trailer filem tersebut dibawah.

Filem ini akan berkisarkan tentang Detektif Jack Radcliff yang baru sahaja kematian seluruh keluarganya dalam satu kejadian pembunuhan yang cukup misteri. Pada satu hari, dia menerima panggilan telefon dari anak saudaranya, yang telah mati dalam pembunuhan tersebut. Dia kemudian perlu mengejar masa untuk merungkai misteri bagi menghalang kejadian pembunuhan yang telahpun berlaku.

Don’t Let Go diarahkan oleh Jacob Aaron Ester, dia juga turut menulis skrip filem ini bersama-sama Drew Daywalt. Davie Oyelowo turut bertindak selaku penerbit bersama-sama Jason Blum.

Turut membintangi filem ini adalah Mykelti Williamson (Forrest Gump), Brian Tyree Henry (Joker), Shinelle Azoroh (Roxie Wolfgang), Byron Mann (The Expanse), April Grace (Magnolia) dan Alfred Molina (Spider-Man 2).

Don’t Let Go akan ditayangkan dipasaran Amerika Syarikat pada 30 Ogos ini, manakala tayangan di Malaysia masih lagi tidak diketahui.



Related posts

Drama Bersiri Max Original DUNE: PROPHECY Akan Membuat Debut Pada Musim Luruh Ini

Kakimuvee

Mega Minion Hadir Membantu Gru Dalam Trailer Terbaru Despicable Me 4′

Kakimuvee

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Filem Rompakan Komedi Netflix WINGWOMEN Akan Ditayangkan Pada 1 November Ini

Kakimuvee

Rowoon & Cho Yi-hyun Menjadi Pakar Perkahwinan Dalam Drama Terbaru ‘The Matchmakers’

Kakimuvee