Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Apa yang Tak Eloknya Tajuk Telefilem “Cik Celah Bedah”?

bedah-motor

Telefilem Cik Celah Bedah yang akan menemui penonton di TV9 pada Ahad ini diarahkan tajuknya ditukar atas alasan ia berbaur lucah.

Pengarah drama itu Shuhaimi Lua Abdullah berkata, arahan berkenaan dikeluarkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) yang mahu judulnya digantikan dengan Bedah Motor.

“Pihak LPF melihat judul asal drama itu sebagai lucah dan mencadangkan tajuknya ditukar namun saya tidak mempunyai sebarang isu kerana ia tidak melibatkan kandungan drama tersebut,” katanya kepada mStar Online.

Drama genre komedi terbitan Tanah Beris Film Production itu akan menemui penonton pukul 8.30 malam yang membariskan pelakon antaranya Niezam Zaidi, Nonny Nadirah, Lia Natalia, Sharifah Shahora dan Rosnah Mat Aris.

Kata Shuhaimi drama itu berkisar kisah seorang graduan bernama Bedah lakonan Nonny Nadirah yang mencari rezeki dengan melakukan kerja penghantaran makanan.

Ujarnya, dengan menunggang sebuah motosikal, Bedah akan menghantar makanan yang dipesan di merata tempat dan sering ‘mencelah’ ketika membawa kenderaan itu untuk cepat tiba ke sesebuah lokasi.

“Celah bedah yang saya maksudkan apabila individu ini suka mencelah-celah ketika menunggang motosikal, itu saja.

“Tapi mungkin tajuk itu kelihatan kurang manis, sebab itu ia ditukar kepada Bedah Motor,” ujarnya.

Tambahnya, telefilem itu sarat dengan pengajaran kerana Bedah akhirnya berjaya membeli ‘food truck’ hasil usahanya itu.

Menurut Shuhaimi, apa yang hendak diketengahkan dalam drama tersebut ialah kesungguhan seseorang untuk mencapai sesuatu yang dihajati dengan berusaha.

“Drama ini sedikit pun tidak ada unsur-unsur lucah sebaliknya sarat dengan pengajaran.

“Apa yang penting, pelakon-pelakon yang diketengahkan bukannya pelawak namun mereka berjaya membawa watak dengan baik bagi sebuah genre komedi,” katanya.

https://www.youtube.com/watch?v=85Z4z9Tq1vA&feature=youtu.be

Related posts

THE ROOK PREMIERES FOR THE FIRST TIME IN ASIA EXCLUSIVELY ON HBO GO THIS JANUARY

Zulaikha

[TRAILER] Kisah The Rock Diceritakan Dalam Sitcom “Young Rock”

Kakimuvee

Ethan Hawke Bawa Watak ‘Villain’ Dalam Siri Disney+ “Moon Knight”

Kakimuvee

Kantemir Balagov Arah Episod Pertama Siri “The Last of Us”

Kakimuvee

Segalanya Musnah Dalam Promo Terakhir “WandaVision”

Kakimuvee

Klip Rasmi “WandaVision” Papar Dua Watak Utama Cuba Ingati Hari Istimewa Mereka

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating