Apa Yang Korang Perlu Tahu Mengenai Filem Rogue One: A Star Wars Story

0
735
views

rogue-one-star-wars-story-images

Mesti ramai peminat filem Star Wars tak sabar menanti kemunculan filem terbaru siri trilogi perang angkasa itu. Selepas tamatnya perang antara Jedi dan Darth Vader, peminat Star Wars terpaksa menunggu bertahun-tahun untuk menyaksikan sekuel terbaru filem perang galaksi ini.

Setelah sabar menunggu, akhirnya filem ke-7 trilogi Star Wars iaitu Star Wars: A Force Awaken telah ditayangkan pada 18 Disember 2015 manakala filem Star Wars: Episode 8 sedang dalam pembikinan dan bakal ditayangkan pada penghujung 2017.

Namun sementara menunggu sekuel filem ini, kita bakal disajikan filem Rouge One: A Star Wars Story yang akan ditayangkan tidak lama lagi. Mesti ramai tertanya-tanya, adakalah filem terbaru Star Wars ini sekuel kepada filem A Force Awaken atau tidak? mari kita tengok fakta - fakta mengenai filem keluaran Lucasfilm Ltd ini.

star-wars-rogue-one-trailer-sith

Filem Spin Off Star Wars yang pertama.

Rouge One: A Star Wars Story bukanlah sambungan kepada Star Wars: A Force Awaken, tapi ia merupakan filem spin off dari trilogi filem Star Wars. Ia merupakan filem Spin Off pertama dalam siri Star Wars dan terdapat dua lagi filem spin off yang akan ditayangkan tidak lama lagi iaitu filem mengenai Han Solo dan Boba Fett

Pembikinan filem.

Filem ini telah memulakan pengambaran pada Januari 2015 dan antara lokasi pengambaran adalah di Maldives, Jordan dan Iceland. Selain itu juga, salah satu stesen bawah tanah keretapi London yang lebih dikenali sebagai  London Underground juga turut digunakan sebagai tempat pengambaran untuk salah satu babak dalam filem ini.

Canary Wharf Tube Station - Salah satu lokasi pengambaran filam A Rogue One Gambar oleh: flickr.com/jmhdezhdez
Canary Wharf Tube Station - Salah satu lokasi pengambaran filam A Rogue One
Gambar oleh: flickr.com/jmhdezhdez
screenshota-rogue-one
Salah Satu Babak yang menggunakan Stesen Canary Wharf Tube

Jalan cerita.

Filem Rouge One: A Star Wars Story ini boleh dikatakan cerita diantara filem Star Wars Episode III: Revenge of The Sith dan Star Wars Episode IV: A New Hope. Filem ini mengisahkan sekumpulan pasukan pemberontak yang menyusup masuk ke kawasan musuh untuk mencuri Pelan Pembinaan Kapal Pembinasa yang dikenali sebagai Death Star.

Mon Mothma Dalam Episode IV

Jika anda pernah menonton filem Star Wars Episode IV, ketua pasukan pemberontak, Mon Mothma ada memberi penghargaan terhadap pasukan pemberontak yang berjaya mencuri pelan Death Star. Malah dalam permulaan cerita, ia ada menjelaskan kejayaan pasukan pemberontak dalam misi mencuri pelan tersebut.

"Rebel spaceships, striking from a hidden base, have won their first victory against the evil Galactic Empire. During the battle, Rebel spies managed to steal secret plans to the Empire's ultimate weapon, the DEATH STAR, an armored space station with enough power to destroy an entire planet."

―The opening crawl of Star Wars: Episode IV A New Hope

Dari aspek latar belakang filem, karakter dan kostum filem Rouge One: A Star Wars Story, tiada perbezaan ketara jika dibandingkan dengan filem Star Wars Episode IV: A New Hope. Ini bermakna, pihak produksi begitu berhati-hati dalam pembikinan filem supaya ianya kelihatan seperti sama seperti zaman Star Wars Episode IV.

Darth Vader

Ingat, filem ini diantara Episode III dan Episode IV, jadi korang boleh dapat lihat kembali Darth Vader sebagai villian dalam filem ini. Tetapi kemunculan Darth Vader bukanlah sebagai pelakon utama, sebaliknya muncul disebalik tabir dan hanya akan muncul dalam bentuk skrin ataupun hologram. Suara Vader akan menggunakan suara vokal asal iaitu, James Earl Jones

star-wars-a-rogue-one

Untuk filem Spin Off ini, tiada watak-watak Jedi ataupun Sith sebaliknya hanya tentera-tentera biasa samada Stormtroopers ataupun tentera Rebellion yang menjadi watak utama. So mungkin korang akan rasa sedikit janggal apabila menonton filem Star Wars tanpa kelibat Jedi bunyi Lightsaber.

Official Trailer:-

ROGUE ONE: A STAR WARS STORY Official Teaser Trailer

Rogue One: A Star Wars Story Trailer (Official)

Filem Rogue One: A Star War Story mengisahkan sekumpulan pasukan pemberontak yang bergabung untuk menjalankan satu misi paling merbahaya sekali, iaitu mencuri Pelan Pembinaan Death Star.

Filem ini akan ditayangkan pada 16 Disember 2016 diseluruh dunia, tayangan di Malaysia dijangka pada tarikh tersebut. Jadi kepada peminat-peminat Star Wars, "save the date" dan tonton filem Box Office ini nanti dipawagam.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here