Trivia

Apa Yang Kita Tahu Selepas Menonton Trailer Thor Ragnarok

Views

Dah tonton teaser trailer Thor: Ragnarok yang baru dikeluarkan semalam? menarik bukan? Yup betul kata pengarah filem Guardians of the Galaxy Vol. 2 James Gunn yang menyatakan trailer Thor: Ragnarok antara trailer filem Marvel yang paling menarik setakat ini.

Kami pun berulang kali menonton trailer tersebut dan tak sabar untuk menonton filemnya yang akan ditayangkan 03 November ini terutamanya "fight" diantara Thor dan Hulk. Jom kita baca apa yang kami tahu selepas menonton trailer 90 saat, Thor: Ragnarok

Misteri Kehilangan Hulk

Selepas filem Age of Ultron, banyak spekulasi dikalangan peminat MCU mengenai kehilangan Hulk. Ada yang menyatakan Hulk terbang ke Planet Sakaar dan dibawa oleh Thor atau Doctor Strange ke Asgard, namun dalam trailer yang ditunjukkan baru-baru ini, Hulk bukan dibawa oleh Thor atau Doctor Strange ke Asgard, sebaliknya Hulk mungkin secara tidak sengaja ke Planet Sakaar melalui portal misteri yang membawa terus kesana. Ini berdasarkan terdapat barang buangan dari dunia lain yang berada di Planet tersebut semasa babak Thor berada di Planet tersebut sebelum ditangkap oleh Valkyrie. Hulk kemudiannya dipergunakan oleh mastermind Grandmaster (Lakonan Jeff Goldblum) dan dijadikan Gladiator.

Akhirnya Thor memakai Helmet

Sepanjang kemunculannya Thor dalam dunia Marvel Cinematic Universe, ada satu kekurangan yang terdapat pada penampilan karakter Thor, helmetnya. Jika dirujuk dalam mana-mana siri Komik dan animasi, Thor sentiasa memakai helmetnya, tetapi tidak dalam dunia cinematic. Akhirnya selepas beberapa kali muncul, dia memakai helmetnya dan karakter kelihatan hampir sama seperti yang ditunjukkan dalam siri komik mahupun animasi

p/s: Walaupun tak berapa nak sama, sekurang-kurangnya dia pakai, tak macam Wolverine, sampai dah matipun tak pakai sut kuningnya.

Thor berhadapan dengan Dewa yang lebih berkuasa darinya

Hela lakonan Cate Blancett, The Asgardian goddess of death, bukan calang-calang supervillain yang bakal ditentang oleh Thor. Dia adalah pemerintah Hel dan Niflheim dan memiliki pelbagai abiliti yang sangat berkuasa dan diantaranya ialah Telepatic, Black Magic, Reincarnation,Teleportation dan yang paling gila, Deadly touch (Hand of Glory). Tengok macamana dia dapat tahan Mjolnir dan hancurkannya dengan mudah. Malah dia sapu Asgard macam tu sahaja. Btw? apa yang membuatkan Hela menyerang Asgard? adakah Loki mempengaruhinya untuk menyerang kota tersebut? Loki kan bapa Hela .. (Earth 616 Marvel Comic).

Thor vs Hulk

Rasanya ini antara babak yang paling ingin ditonton oleh peminat-peminat filem Marvel, pertarungan Gladiator diantara Hulk dan Thor. Thor dan Hulk beberapa kali bertarung dalam filem Avengers, tetapi pertarungan mereka sangat singkat dan mereka juga sering bekerjasama apabila bertempur dengan musuh, tapi filem kali ini pasti akan memaparkan pertarungan sangat dasyat diantara kedua-dua superhero itu.

Grandmaster

Antara watak baru dalam dunia Marvel Cinematic Universe, dia dikenali sebagai identiti disebalik pertarungan besar antara Superhero dan Supervillain dalam dunia comic Marvel. Dia suka merancang pertarungan diantara watak-watak Marvel dan menggunakan mereka sebagai catur permainannya. Tengok teaser trailer Thor: Ragnarok, pertarungan antara Hulk dan Thor diatur olehnya. Dia bukan calang-calang karakter dalam dunia Marvel.

Loki is Back!

Selepas dia menyamar menjadi Odin dalam filem Thor: Dark World, kini Loki kembali sebagai watak utama dalam filem ini. Persoalannya adakah Loki membantu Hela menyerang Asgard atau kembali sebagai adik angkat kepada Thor dan membantunya untuk menewaskan Hela? Btw, penampilan Loki kali ini sangat bergaya bukan?

So, kepada Marvel Fanboy diluar sana, tak sabar ke nak menonton filem terbaru Thor ini?

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks