Official Trailer

Anya Taylor-Joy Vs. Demon Bear Dalam TV Spot THE NEW MUTANTS

Views

20th Century Studios telah melancarkan TV spot terbaru filem terakhir X-Men, The New Mutants yang memaparkan pandangan terbaru Anya Taylor-Joy sebagai Illyana Rasputin / Magik yang menentang Demon Bear. Anda boleh saksikan tv spot tersebut dipemain video dibawah.

diadaptasi dari komik Marvel The New Mutants, ia mengisahkan sekumpulan mutant muda yang telah ditahan disebuah hospital yang terasing untuk dijadikan ujikaji psikatrik. Apabila pekara pelik berlaku, abiliti mutant dan persahabatan mereka teruji demi perjuangan untuk keluar dari tempat yang menakutkan itu.

Filem ini diarahkan Josh Boone berdasarkan skrip yang ditulis Boone sendiri bersama-sama Knate Lee. The New Mutants diklasifikasikan sebagai PG-13.

Dibintangi Anya Taylor-Joy (Glass), Maisie Williams (Game of Thrones), Charlie Heaton (Stranger Things), Henry Zaga (The Stand) dan Blu Hunt (The Originals) serta Alice Braga (I Am Legend), The New Mutant dijadualkan tayangan pada 3 April tahun ini.

Tinggalkan Balasan

shares