Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Antonio Banderas Sertai Harrison Ford Dalam “Indiana Jones 5”

Calon Oscar Antonio Banderas (Pain and GloryThe Hitman’s Wife’s BodyguardUncharted) bergabung dengan Harrison Ford dalam filem terbaru Indiana Jones 5 untuk peranan yang tidak didedahkan, lapor Deadline. Penggambaran filem ini sedang dijalankan dengan perincian plot pada ansuran berikutnya yang masih belum diketahui.

Indiana Jones 5 menyaksikan kepulangan Harrison Ford yang akan mengulangi salah satu peranannya yang paling ikonik iaitu sebagai penggembara legenda Dr. Henry “Indiana” Jones Jr. Ansuran terakhir ini juga turut diterajui oleh pemenang anugerah Emmy dan Golden Globe, Phoebe Waller-Bridge, yang akan memainkan peranan wanita utama disamping Ford. Turut menyertai barisan pelakon adalah Mads Mikkelsen, Thomas Kretschmann, Boyd Holbrook, dan Shaunette Renée Wilson.

Filem ini diarahkan oleh James Mangold (Logan) yang turut menulis lakonlayar bersama rakannya dari filem Ford v Ferrari, Jez dan John-Henry Butterworth. Mangold mengambil-alih kerusi pengarahan selepas Steven Spielberg mengumumkan pengundurannya dari projek filem ini pada tahun lalu. Bagaimanapun, Spielberg masih kekal sebagai penerbit. 

Indiana Jones 5 diterbitkan oleh Kathleen Kennedy, pencipta francais Steven Spielberg, Frank Marshall dan Simon Emanuel dengan John Williams kembali menulis skor untuk filem ini. 

Lucasfilm menetapkan tarikh tayangan Indiana Jones 5 pada 29 Julai 2022.

Related posts

Two seasons of unscripted series Selena + Chef to debut in Asia August 12 on HBO GO

Isqandar

Simu Liu Tidak Boleh Lari Dari Takdir Dalam TV Spot Terbaru “Shang-Chi”

Kakimuvee

iQiyi Memperkukuh Kerjasama Antarabangsa dengan Dolby untuk Meningkatkan Pengalaman Penstriman Video

Zulaikha

Sony Lancar Trailer Pertama “Ghostbusters: Afterlife”

Kakimuvee

[VIDEO] James Bond Kembali Lagi Dalam Trailer “No Time to Die”

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Poster Filem Prekeuel “Army of Thieves”

Kakimuvee

Leave a Comment