Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Siri TV

Anthony Mackie & Sebastian Stan Beraksi Diset Penggambaran “The Falcon And The Winter Soldier”

Produksi siri Marvel Disney+ The Falcon & The Winter Soldier diteruskan lagi dengan paparan beberapa foto dari set penggambaran yang menunjukkan Anthony Mackie dan Sebastian Stan sedang melakukan beberapa babak aksi. Anda boleh lihat gambar-gambar tersebut dibawah (via Just Jared)

The Falcon & The Winter Soldier menyaksikan Anthony Mackie, Sebastian Stan, Daniel Bruhl, dan Emily VanCamp kembali membawakan watak masing-masing iaitu sebagai Falcon/Captain America, Bucky/The Winter Soldier, Helmut Zemo, dan Agent 13. Selain itu juga, ia bakal memperkenalkan beberapa watak terbaru termasuklah U.S Agent lakonan Wyatt Russell.

Plot masih lagi tidak diketahui, tetapi terdapat kemungkinan bahawa Falcon, yang diberi tanggungjawab sebagai Captain America oleh Rogers dan Winter Soldier bakal berhadapan dengan U.S. Agent yang diangkat menjadi Captain America yang baru oleh pihak kerajaan.

Ketua kreatif yang juga penulis rancangan ini, Derek Kolstad mendedahkan bahawa The Falcon & The Winter Soldier akan mirip seperti francais John Wick.

The Falcon and The Winter Soldier akan bersiaran sebanyak 6 episod dan akan disiarkan di Disney+ mulai Ogos tahun hadapan.

 

View this post on Instagram

 

Sam Wilson & Bucky beraksi di set penggambaran #FalconAndTheWinterSoldier. Sumber: @justjared #Kakimuvee #DisneyPlus

A post shared by Kakimuvee (@kakimuvee) on

Related posts

TV Spot Antarabangsa “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Final Frontiers: Exploring Unchartered Territories With BBC Earth

Kakimuvee

[VIDEO] Musim Ketiga Doom Patrol Season 3 Akan Ditayangkan Pada 23 September Eksklusif Di HBO GO

Kakimuvee

Nicolas Cage Tiada Perancangan Untuk Bersara Dari Dunia Lakonan

Kakimuvee

Krysten Ritter Sertai Elizabeth Olsen Dalam Minisiri “Love and Death”

Kakimuvee

OKU Pendengaran, Lauren Ridloff Kongsi Cabaran Di Set Penggambaran “Eternals”

Kakimuvee

Leave a Comment