Tarikh Tayangan: July 17, 2015
Genre: Superhero / Aksi
Pengarah: Peyton Reed
Penulis Skrip: Edgar Wright, Joe Cornish
Pelakon: Paul Rudd, Evangeline Lilly, Corey Stoll, Bobby Cannavale, Michael PeƱa, Tip “T.I.” Harris, Wood Harris, Judy Greer, David Dastmalchian, Michael Douglas
Syarikat Produksi:Ā Marvel Studios
Edaran: Walt Disney Studios, Motion Pictures
Masa Tayangan: 117 minit
Sinopsis
Mengisahkan penjenayah yang pakar dalam menyusup dan mencuri, Scott Lang (Paul Rudd) yang terpaksa menerima tawaran Hank Pym Ā (Michael Douglas) untuk menjalankan satu misi dengan bertujuan dia dapat kembali bersama anaknya. Misi yang akan dilakukan oleh Scott Lang adalah untuk mengagalkan teknologi yang dibangunkan oleh Darren Cross (Yellowjacket) lakonan Corey StollĀ yang dikatakan boleh mengugat keselamatan dunia
Dalam menjayakan misi tersebut, Scott dikehendaki menyesuaikan diri dengan suit yang dipakai berkerjasama dengan anak Hank Pym iaitu Hope van Dyne (Evangeline Lilly) dan juga rakan sepejuangan iaitu sekumpulan semut.
Review
Ant-Man memang terbaik! Seperti filem-filem Marvel yang lain, penonton tidak akan bosan malah akan menjadi overexcited sepanjang tayangan filem tersebut.
Bagaimanapun, sejarah Ant-Man sedikitberbeza dari yang komik dimana Ant-Man sepatutnya manusia mutant bukannya hasil eksperimen. Ini mungkin disebabkan polisi Marvel yang tidak boleh menggunakan perkataan Mutant dalam filem mereka kerana hak mutant diberikan kepada syarikat Produksi 20th fox pictures. Sama seperti watak Scarlett Witch dan Quicksilver dalam filem The Avengers: Age Of Ultron.Ā
Selingan babak-babak humor terutamanya yang dilakonkan oleh Michael Peña juga menambah perasa memastikan filem ini nampak lebih menarik
Bagi penulis, babak pertempuran antara Ant-Man dan Falcon (ahli The New Avenger) adalah babak yang paling menarik. Hero bertempur dengan hero. Memang excited, walaupun watak Falcon sekadar watak cameo, tetapi tindakan pihak produksi membuat babak tersebut dan memasukkan watak Falcon berjaya membuatkan filem ini berbezaĀ daripada filem Marvel yang lain.
Lakonan para pelakon seperti Paul Rudd, Evangeline Lilly dan  Michael Peña pun tidak mengecewakan. Begitu juga pelakon veteren Michael Douglas, walaupun sudah berumur, lakonan beliau masih mantap. Seriously rating 10/10 boleh diberikan kepada mereka.
Apa yang pasti filem Ant-ManĀ akan ada sequelnya atau mungkin Ant-Man akan terlibat dengan The Avengers kerana semasa post kredit filem ini terdapat babak diantara Captain America, Falcon dan Winter Soldier dimana Captain America menyuarakan kebimbangan terhadap satu insiden dan Falcon memberitahu yang dia mengenali seseorang, dan seseorang yang dimaksudkan adalah Ant-Man kerana dia satu-satunya Avengers yang tahu keupayaan hero tersebut
Overall untuk filem ini memang tidak mengecewakan, rating 8/10 dari iMDb dan 3.5/4 daripada Roger Ebert. Memang filem ini boleh dikatakan berjaya. JadiĀ kepada Marvel freak, filem Ant-Man filem yang wajib anda tonton.