Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Ant-Man and The Wasp Raih $161 Juta Seluruh Dunia


Filem terbaru Marvel Studios, Ant-Man and The Wasp telah berjaya meraih $161 juta seluruh dunia sejak ia ditayangkan pada 4 Julai yang lalu. Untuk pasaran domestik Amerika Syarikat, filem ini berjaya mengutip $76 juta dolar, 33% lebih tinggi dari kutipan filem pertama yang mengutip sebanyak $57.2 juta pada tahun 2015.

Sementara itu untuk pasaran antarabangsa, Ant-Man and The Wasp berjaya meraih hampir $85 juta dolar dari 48 buah negara. Kutipan filem ini dijangka akan terus meningkat apabila ia ditayangkan di China, UK dan beberapa negara lain.

Diarahkan oleh Peyton Reed, Ant-Man and The Wasp dibintangi oleh Paul Rudd, Evangeline Lilly, Bobby Cannavale, Michael Peña, Tip “T.I.” Harris, Judy Greer, David Dastmalchian, Michael Douglas, Michelle Pfeiffer, Laurence Fishburne, Hannah John-Kamen, Randall Park, serta Walton Goggins.

Filem adiwira Marvel ini sedang ditayangkan di pawagam-pawagam tempatan.


Related posts

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee

Teaser Trailer Loki Musim 2 Usik Penggembaraan Masa Tom Hiddleston Seterusnya

Kakimuvee