
Walaupun tidak memecahkan rekod minggu pembukaan bagi mana-mana filem blockbuster atau sekurang-kurangnya filem Marvel, Ant-Man and The Wasp: Quantumania masih mampu merekodkan kutipan yang memberangsangkan apabila meraih AS$357 juta dolar pada minggu pembukaan.
Dari jumlah tersebut, sebanyak AS$118 juta diraih di pasaran domestik AS, sekaligus menduduki tempat ketiga bagi kutipan minggu pembukaan tertinggi untuk bulan Februari, hanya dibelakang Black Panther dan Deadpool.
Sebanyak AS$239.3 juta pula diraih di pasaran antarabangsa, dengan China menjadi penyumbang terbesar iaitu sebanyak AS$19.2 juta, diikuti UK sebanyak AS$10.9 juta.
Ansuran ketiga Ant-Man memperkenalkan pendatang baharu MCU Kathryn Newton yang memainkan watak Cassie Lang, karakter yang sebelum ini dilakonkan oleh Abby Ryder Fortson dalam filem pertama Ant-Man dan Emma Fuhrman dalam Avengers: Endgame
Ant-Man and the Wasp: Quantumania dibintangi Paul Rudd sebagai Scott Lang dan Evangeline Lilly sebagai Hope van Dyne, disamping Jonathan Majors, Kathryn Newton, David Dastmalchian, Katy O’Brian, William Jackson Harper, Bill Murray, Michelle Pfeiffer, Corey Stoll, dan Michael Douglas
Peyton Reed sekali lagi berkhidmat sebagai pengarah dengan lakon layar ditulis oleh Jeff Lovenss.
Ant-Man and the Wasp: Quantumania kini sedang ditayangkan dipawagam tempatan.