Berita

Ant-Man 3 Telah Memulakan Pembangunan, Produksi Akan Bermula Pada 2021

Views

Nampaknya, Marvel Studios secara rahsia telah memulakan perancangan untuk terbitkan filem ketiga Ant-Man. Menerusi satu sumber dari media sosial (via MCUExchange), “Pym Particles Productions III LLC” telah mula dibentuk lebih sebulan yang lalu, menandakan pihak studio telah memulakan pembangunan filem Ant-Man 3. 

Dikhabarkan juga, produksi dijangka akan bermula pada musim panas 2021.

Dalam artikel sebelum ini, Ant-Man 3 dilaporkan akan dibatalkan, dan diserap menjadi rancangan televisyen Disney+. Reaksi peminat bercampur-campur, dan kecewa kerana tidak dapat melihat Ant-Man melengkapkan triloginya seperti mana beberapa karakter utama Marvel yang lain.

Memandangkan masih tempoh masa yang masih panjang, peminat perlu mengambil sikap tunggu dan lihat sama ada filem ini akan menjadi sebahagian daripada Fasa 4 atau 5, dan peminat juga tidak boleh mengharapkan tayangan sebelum 2022.

Apapun, pendedahan yang dibuat pasti menggembirakan peminat Ant-Man yang tidak sabar menyaksikan Paul Rudd dan Evangeline Lilly kembali membawakan watak adiwira mereka. Diharapkan juga, Michael Pena akan kembali sebagai tukang cerita, dan Cassie Lang diangkat menjadi Stature sebelum diserap menjadi ahli Young Avengers.

BACA:  Sara Ali Bakal Arahkan Filem

Tinggalkan Balasan

shares