Berita

Ant-Man 3 Mungkin Dibatalkan, Bakal Menjadi Rancangan Terbaru Disney+

View

Black WidowThe EternalsShang-Chi dan the Legend of the Ten Rings bakal menjadi harta intelek terbaru Marvel yang akan memasuki Marvel Cinematic Universe, manakala francais yang lain seperti Captain Marvel, Black Panther dan Doctor Strange bakal dikembangkan lagi menerusi filem kedua dimasa akan datang.

Sementara beberapa Thor bakal memasuki filem keempat dan Guardians of the Galaxy akan melengkapkan triloginya, francais Ant-Man mungkin tidak menerusikan misinya di dunia sinematik.

Menurut laporan dari laman We Got This Covered, Marvel Studios dikhabarkan telah membatalkan filem ketiga Ant-Man, dan akan menjadikan francais tersebut sebagai sebuah lagi rancangan terbaru Marvel untuk laman penstriman video Disney+.

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan Ant-Man di’turun’kan pangkat menjadi sebuah rancangan terhad Disney+. Salah satunya disebabkan pihak studio kini sedang menumpukan pembangunan beberapa filem terbaru terutamannya yang melibatkan karakter X-Men dan Fantastic Four.

Laporan itu juga turut menyebut, Kevin Feige kini lebih berminat untuk ‘menumpukan genre terbaru’ menerusi francais Shang-Chi dan Blade. Untuk info, filem Ant-Man sebenarnya disasarkan kepada penonton yang lebih muda berbanding filem-filem MCU yang lain, dan ini membuatkan Ant-Man dirasakan sesuai untuk dimasukkan dalam salah satu rancangan Marvel Disney+.

BACA:  Disney Tidak Mencadangkan Captain Marvel Atau Brie Larson Untuk Kempen Oscars

Setakat ini, laporan yang didedahkan laman tersebut masih dianggap sebagai khabar angin kerana pihak studios masih belum memberi petunjuk mengenai filem ketiga Ant-Man. Tambahan pula, dua pelakon utamanya iaitu Paul Rudd dan Evangeline Lilly sedang sibuk dengan jadual penggambaran mereka sehingga 2021, jadi keputusan untuk mengekalkan Ant-Man di dunia sinematik mungkin mengambil sedikit masa.

Apapun kita nantikan perkembangan francais Ant-Man dimasa akan datang.

Tinggalkan Balasan

shares