Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Ant-Man 3 Akan Lebih Besar Dari Dua Filem Pertama

Dalam temubual terbaru bersama SiriusXM, pengarah Peyton Reed akhirnya mendedahkan perkembangan terbaru filem MCU akan datang, Ant-Man 3. 

Walaupun dua tidak dapat berkongsi rahsia pra-produksi utama mengenai projek ini, Reed masih mendedahkan sedikit perancangannya dengan memberitahu peminat bahawa filem ketiga ini akan menampilkan templat visual yang baru dan skala yang jauh lebih besar dari filem terdahulu. 


“We are working our way through the pandemic…there are some really exciting things in store, none of which I can speak to about right now. As is the Marvel way!. I think the third Ant-Man movie is going to be…a much bigger, more sprawling movie than the first two. It’s going to have a very, very different visual template. And that’s all I will say.”

Setakat ini, plot Ant-Man 3 masih lagi tidak diketahui, tetapi terdapat ura-ura bahawa filem akan datang mungkin menyaksikan anak Scott Lang, Cassie mengikuti jejak langkah ayahnya untuk menjadi adiwira. Dalam versi komik, Cassie akhirnya memperolehi kuasa untuk mengubah saiz fizikal badannya dan menggunakan kod nama Stature dan Stinger. 

Dalam filem Avengers: Endgame yang lalu, pelakon Emma Fuhrmann telah memainkan peranan sebagai watak remaja Cassie Lang, dan karakter tersebut dikatakan berpotensi untuk menjadi salah seorang ahli “Young Avengers.” 

Paul Rudd, Evangeline Lilly dan Michael Douglas disahkan kembali meneruskan watak masing-masing, manakala penglibatan Michelle Pfeiffer dan Michael Peña dalam filem akan datang masih lagi tidak diketahui, tetapi peminat menjangkakan mereka mungkin kembali sebagai Janet Van Dyne dan Luis.

Ant-Man 3 masih belum memiliki tarikh tayangan rasmi.

 

Related posts

Netflix Perbaharui Siri Antologi Animasi Dewasa “Love, Death + Robots”

Kakimuvee

Sony Rancang Filem “Karate Kid” Baharu

Kakimuvee

Durasi Tayangan “John Wick 4” Mungkin Paling Panjang Dalam Francais

Kakimuvee

Daryl Akan Berhadapan Dengan Zombi Yang Lebih Laju Dalam Spin-Off Terbaru “The Walking Dead”

Kakimuvee

Paramount Pictures Tetapkan Tarikh Tayangan “Sonic the Hedgehog 3”

Kakimuvee

Foto Belakang Tabir “Echo” Menampilkan Kepulangan Vincent D’Onofrio Sebagai Kingpin

Kakimuvee

Leave a Comment