Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Ansel Elgort Yakin Sekuel “Baby Driver” Akan Dihasilkan

Selepas tayangan filem Baby Driver pada 2017 yang lalu, pengarah Edgar Wright pernah mengutarakan keinginannya untuk hasilkan filem sekuel Baby Driver 2, namun sehinggakini masih tiada perkembangan mengenai filem tersebut.

Bagaimanapun semasa sesi temubual bersama MTV News baru-baru ini, pelakon utamanya, Ansel Elgort mendedahkan bahawa dia pernah melihat skrip untuk filem kedua Baby Driver, dan turut yakin filem sekuel tersebut akan dihasilkan.

Selain itu juga, Elgort turut memberitahu tajuk filem sekuel akan datang tidak akan menggunakan tajuk “Baby Driver 2” sebaliknya akan menggunakan tajuk yang lain.

Buat masa ini, Edgar Wright sedang sibuk menyiapkan projek terbarunya iaitu sebuah filem psikologikal seram berjudul Last Night in Soho.

Baby Driver yang ditayangkan pada 2017 turut dibintangi Lily James, Kevin Spacey, Jon Hamm, Eiza González, Jamie Foxx dan Jon Bernthal. Ia mengisahkan tentang Baby (Ansel Elgort), seorang pemandu yang hebat, ingin keluar dari dunia jenayah selepas berjumpa dengan cinta hatinya, Debora (Lily James).

Filem aksi yang turut menampilkan lagu-lagu rancak ini berjaya meraih $226 juta dolar seluruh dunia berbanding modal pembikinan hanya $34 juta dolar sahaja.

Related posts

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Saksikan TV-Spot, Poster & Lakaran Promo Terbaru Siri Animasi MCU “What If…?”

Kakimuvee

“The Suicide Squad” Disahkan Segar Di Rotten Tomatoes Dengan Rating 96%

Kakimuvee

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

New reality dating series FBOY ISLAND debuts August 5 exclusively on HBO GO

Kakimuvee

Leave a Comment