Berita

Annabelle Comes Home Diberi Rating-R, Terdapat Adegan Ganas & Menakutkan

Views

Filem spin-off The Cojuring dan juga filem ketiga siri Annabelle, Annabelle Comes Home disahkan mendapat rating ‘R’ oleh The Motion Picture Association of America, badan yang menentukan klasifikasi sesebuah filem.

Klasifikasi tersebut disebabkan Annabelle Comes Home menampilkan adegan-adegan ganas yang melampau dan menakutkan yang tidak sesuai untuk ditonton oleh penonton dibawah 17 tahun.

Di Malaysia, filem ini akan dikelaskan sebagai ’18 tahun ke atas’ bermakna, penonton dibawah 18 tahun tidak dibenarkan menonton filem ini dipawagam.

Filem ini ditetapkan selepas filem Annabelle (2014) dimana ia mengisahkan tentang keluarga Ed Warren dan dua pengasuh mereka yang telah diganggu oleh sebuah patung yang dirasuk selepas kedua-dua pemburu paranormal itu membawa pulang patung tersebut dan meletakkannya didalam bilik artifak mereka.

Gary Dauberman yang menulis dua skrip filem awal Annabelle kembali menulis untuk filem ketiga. Beliau juga akan membuat penampilan pertama sebagai pengarah filem kali ini. James Wan yang mengarahkan duologi Conjuring akan bertindak selaku penerbit.

BACA:  Alita Battle Angel Dijangka Raih Lebih $130 Juta Dolar Seluruh Dunia

Annabelle 3 yang diedarkan oleh New Line Cinema bakal ditayangkan pada 28 Jun 2019

Tinggalkan Balasan

shares