Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Anime

Anime “Legend of Mana” Sedang Dibangunkan WB Jepun

Square Enix mengumumkan akan membuat adaptasi anime Legend of Mana bersama Warner Bros. Japan.

Pengumuman itu dibuat semasa live streaming ulang tahun ke-30 untuk siri permainan Mana. Buat masa ini, tarikh tayangan perdana masih belum diumumkan. Sementara itu, ‘teaser art’ untuk siri anime akan datang telah dedahkan. Anda boleh lihatnya dibawah. 

Di samping Warner Bros. Japan, Graphinica dan Yokohama Animation Lab akan menerbitkan adaptasi anime Legend of Mana. Walaupun rakaman anime belum ditunjukkan, kedua-dua studio ini telah berkolaborasi dalam penerbitan pembukaan sinematik untuk remaster Legend of Mana yang baru dikeluarkan.

Legend of Mana adalah permainan video aksi RPG yang dibangunkan oleh Square Soft (sekarang Square Enix) dan dilancarkan pada tahun 1999. Ia adalah entri keempat dalam siri Mana setelah Final Fantasy Adventure tahun 1991, Secret of Mana tahun 1993, dan Trials of Mana tahun 1995.

Related posts

Klip Terbaru “RESIDENT EVIL: Infinite Darkness” Papar Adegan Leon S. Kennedy Berhadapan Dengan Zombi

Kakimuvee

Disney+ Dedah 7 Studio Anime Jepun Yang Menghidupkan Siri “STAR WARS: VISIONS”

Kakimuvee

Tonton Trailer Penuh “My Hero Academia: World Heroes’ Mission”

Kakimuvee

Pandangan Pertama Anime “Uzumaki” Telah Didedahkan

Isqandar

Artwork “My Hero Academia: World Heroes’ Mission” Tunjuk Villain Terbaru

Kakimuvee

Tonton Babak Pembukaan Siri Anime Terbaru Netflix “Resident Evil: Infinite Darkness”

Kakimuvee

Leave a Comment