Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Angry Birds Rampas Kedudukan Pertama Carta Box Office

Angry-Birds-Movie-HD-Wallpapers

THE Angry Birds Movie mendahului carta box office Amerika penghujung minggu lepas sekaligus meletakkan adiwira dari filem aksi, Captain America di tangga kedua, menurut data industri pada Isnin.

Filem animasi 3D itu menampilkan tiga burung iaitu Red, Chuck dan Bomb yang bertukar berang dengan serangan kumpulan khinzir berwarna ungu.

Filem keluaran Sony Production itu berjaya meraih kutipan sebanyak $38.2 juta (RM157.08 juta).

‘Captain America: Civil War’ berjaya meraih $32.9 juta (RM135.29 juta) pada penghujung minggu lepas, dan meraih $347.2 juta (RM1.4 bilion) secara keseluruhan setelah tiga minggu berada di pawagam.

Tangga ketiga milik Neighbors 2: Sorority Rising, sebuah filem komedi menampilkan Seth Rogen, Rose Byrne dan Zac Efron.

Filem berkenaan berjaya meraih $21.8 juta (RM89.64 juta)

The Nice Guys berada di tangga ke-4 dengan kutipan sebanyak $11.2 juta (RM46.05 juta) dan The Jungle Book di tangga kelima dengan kutipan sebanyak $10.9 juta (RM44.82 juta).

Related posts

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Kakimuvee

Antonio Banderas Sertai Harrison Ford Dalam “Indiana Jones 5”

Kakimuvee

“Black Widow” Lepasi AS$260 Juta Seluruh Dunia, “F9: The Fast Saga” Semakin Menghampiri AS$600 Juta

Kakimuvee

Trailer Terakhir “Snake Eyes: G.I. Joe Origins” Berikan Lebih Banyak Aksi & Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Leave a Comment