Angelina Jolie & Brad Pitt Bercerai

405
views
www.ibtimes.com
www.ibtimes.com

Bintang Hollywood Angelina Jolie dilaporkan telah menfailkan penceraian dari aktor Brad Pitt dengan turut menuntut hak penjagaan kesemua enam anak mereka, lapor portal hiburan TMZ pada Selasa.

Menurut laporan itu lagi, Jolie, 41, menfailkan dokumen terbabit pada Isnin dengan memberikan alasan hubungan mereka tidak lagi mampu dipulihkan.

Pasangan A-list itu berkahwin sejak 2014, namun hidup bersama sejak 2004.

Portal berita CNN melaporkan Jolie turut menuntut untuk menyimpan beberapa barang kemas dan barangan peribadi, dan pendapatan selepas mereka mula berpasangan dan aset-aset tertentu yang akan dikemukan nanti.

Spekulasi kini  bertiup kencang tentang siapa yang bakal mendapat hak penjagaaan keenam-enam anak mereka. Namun, sumber terdekat melaporkan kedua-dua pihak berkemungkinan bersetuju dengan perpisahan secara baik.

“Selain dari populariti mereka yang terbabit, kes ini serupa dengan kes-kes perceraian yang lain,” sumber tersebut berkata.

“Saya amat sedih, namun apa yang penting adalah kepentingan anak-akan kami,” kata Pitt dalam satu kenyataan kepada CNN pada Selasa.

“Saya merayu agak media dapat memberikan anak-anak kami ruang yang diperlukan pada waktu mencabar ini,” katanya.

Menurut sumber, fokus Jolie kini tertumpu kepada anak-anak mereka.

“Angelina akan melakukan yang terbaik untuk melindungi anak-anaknya,” menurut Geyer Kosinski, pengurus Jolie kepada E!News dalam satu kenyataan Selasa.

“Beliau (Jolie) sangat menghargai keprihatinan anda tatkala mereka memerlukan sedikit ruang buat waktu ini,” tambah Kosinski.

Jolie dan Pitt mempunyai enam orang cahaya mata, Shiloh, Pax, Maddox, Zahara dan pasangan kembar, Knox dan Vivienne.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here