Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Angel Manuel Soto Akan Arahkan Filem Terbaru “Transformers”

Selepas terlibat dengan projek terbaru Warner Bros. dan DC, Blue Beetle, pengarah Angel Manuel Sato terus mendapat projek filem yang cukup menarik apabila dia telah dipilih oleh Paramount Pictures untuk mengarahkan filem terbaru Transformers. Turut terlibat dalam projek akan datang adalah Marco Ramirez (The Defender) yang berfungsi sebagai penulis lakon layar.

Buat masa ini butiran plot masih belum diketahui, tetapi sumber melaporkan bahawa projek itu akan dikembangkan sebagai cerita yang berbeza dari francais filem utama studio yang bermula pada tahun 2007. Tiada penerbit terlibat setakat ini, tetapi berkemungkinan besar, Lorenzo di Bonaventura, yang telah menjadi penerbit untuk semua filem “Transformers”, akan kembali dalam projek akan datang.

Ini merupakan projek terbaru yang sedang dibangunkan dari IP ikonik Hasbro. April tahun lalu, pengarah Toy Story 4, Josh Cooley telah dipilih untuk mengarahkan siri animasi prekuel dengan tajuk kerja Transformers One, manakala pada Januari telah diumumkan pemilihan Joby Harold (Army of the Dead) sebagai penulis lakon layar untuk sekuel Bumblebee, yang akan diarahkan oleh Steven Caple Jr. (Creed II).

Selain itu juga, Paramount telah memilih penulis James Vanderbilt (Scream) untuk menulis lakon layar Transformers: Beast War, yang mana tarikh tayangan telah ditetapkan pada 24 Jun 2022. 

Sumber: The Hollywood Reporter.

Related posts

Karen Gillan & Pom Klementieff Menitiskan Air Mata Selepas Baca Skrip Guardians of the Galaxy Vol. 3

Kakimuvee

Matt Reeves Kongsi Gambar Terbaru Batman Sempena Meraikan #BatmanDay

Kakimuvee

Daniel Craig Ucapkan Selamat Tinggal Dalam Video Belakang Tabir “No Time to Die”

Kakimuvee

A24 Lancar Trailer Rasmi “The Humans” Lakonan Steven Yeun & Richard Jenkins

Kakimuvee

TV Spot Antarabangsa “Venom: Let There Be Carnage” Menampilkan Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Nicolas Cage Tiada Perancangan Untuk Bersara Dari Dunia Lakonan

Kakimuvee

Leave a Comment