Nampaknya ejen ‘secret service’ Mike Banning akan terus berkhidmat melindungi Presiden Amerika Syarikat. Menurut laporan dari Deadline, lebih banyak filem, dan juga siri TV spin-off tempatan, sedang dirancang selepas kejayaan Angel Has Fallen. Pekara tersebut disahkan penerbitnya Alan Seigel baru-baru ini.
Menurut Siegel, syarikat penerbitannya Alan Siegel Entertainment merancang untuk menerbitkan tiga lagi filem berikutan kejayaan trilogi “Has Fallen” setakat ini.
Dia juga menambah bahawa syarikat sedang mempertimbangkan untuk menjual IP francais ke stesen televisyen antarabangsa agar siri spin-off dapat dihasilkan dan dibintangi pelakon tempatan. Pelakon-pelakon itu juga berpeluang untuk muncul dalam filem seterusnya.
“If we do it in India, the star of that could come into Angel Has Fallen 4. It could be a symbiotic relationship,”
Francais Has Fallen telah berjaya mengumpul $500 juta dolar seluruh dunia dan kebanyakkan kutipannya datangnya dari pasaran antarabangsa. Filem kedua London Has Fallen mendapat kutipan paling tinggi iaitu sebanyak $205 juta dolar seluruh dunia, diikuti Olympus Has Fallen sebanyak $170 juta dan Angel Has Fallen sebanyak $133 juta dolar.
Kepada peminat-peminat Gerard Butler, adakah anda masih berminat untuk melihat Mike Banning beraksi? kongsikan pendapat anda.