Filem terbaru terbitan Lionsgate dan Millennium, Angel Has Fallen berjaya melepasi ramalan apabila berjaya meraih $21.25 juta dolar pada minggu pertama tayangannya, sekaligus menguasai carta box office mingguan Amerika Syarikat. Setakat ini, kutipan antarabangsa filem ketiga trilogi Fallen itu masih belum diketahui.
Good Boys terbitan Universal Pictures jatuh ke tangga kedua dengan pertambahan kutipan sebanyak $11.75 juta dolar, menjadikan jumlah keseluruhan kutipan domestik AS sebanyak $42 juta dolar. Untuk pasaran antarabangsa, filem arahan Gene Stupnitsky itu berjaya membawa pulang sebanyak $6.9 juta dolar.
Sementara itu, filem terbitan Walt Disney Pictures, The Lion King berjaya melepasi angka $1.5 billion dolar seluruh dunia dengan pertambahan $8.2 juta dolar dipasaran domestik AS dan $30 juta dipasaran antarabangsa. The Lion King kini menduduki tangga kesembilan filem paling laris sepanjang zaman.
Satu lagi filem terbitan Universal Pictures, Fast & Furious Presents: Hobbs & Shaw menerima suntikan padu dari China apabila menjadi filem paling laku pada minggu pembukaan di China pada bulan Ogos. Kutipan antarabangsa filem ‘spin off’ Fast & Furious kini telah mencecah $441.2 juta dolar manakala pasaran domestik AS kini mengumpul sebanyak $147.4 juta dolar, menjadikan jumlah keseluruhan mencecah $588.9 juta dolar.
Kutipan lain-lain, Ready or Not berjaya mencatatkan kutipan sebanyak $7.55 juta dolar pada minggu lalu, menjadikan jumlah keseluruhan filem seram dark comedy itu mencecah $10.57 juta dolar untuk pasaran AS. Manakala kutipan terkini Toy Story 4 telah mencecah $1.031 billion dolar dan filem animasi terbaru Sony, The Angry Birds Movie 2 telah mengumpul $74.6 juta dolar seluruh dunia sejak ia ditayangkan dua minggu yang lalu.