Berita

Andy Serkis Sah Bawa Watak Alfred Pennyworth Dalam Filem The Batman

Views

Pelakon dan pengarah Andy Serkis disahkan akan membawa peranan Alfred Pennyworth dalam filem The Batman akan datang. Pekara tersebut didedahkan oleh pengarah Matt Reeves menerusi perkongsiannya di laman Twitter.

Dalam laporan sebelum ini, Serkis dan seorang lagi pelakon iaitu Colin Farrell telah dikaitkan dengan filem terbaru Warner Bros. / DC itu. Serkis dikatakan bakal membawa watak Alfred manakala Farrell akan memainkan peranan sebagai ‘The Penguin’.

Serkis kini menyertai barisan pelakon yang terdiri daripada Robert Pattinson sebagai Bruce Wayne / Batman, Zoe Kravitz sebagai Selina Klye / Catwoman, Paul Dano sebagai The Riddler dan bintang Westworld, Jeffrey Wright sebagai Commissioner Gordon.

Skrip The Batman ditulis oleh Reeves sendiri bersama-sama Mattson Tomlin. Penggambaran dijangka bermula pada Januari 2020 di UK dan akan menemui penonton pada 25 Jun 2021.

BACA:  Kutipan Tiket Terkini Filem-Filem Tempatan (14 Mac 2017)

Tinggalkan Balasan

shares