Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Andy Serkis Sah Arahkan Venom 2


Desas-desus mengenai pengarah filem Venom 2 akhirnya terjawab apabila Sony mengesahkan telah menandatangani kontrak bersama Andy Serkis untuk menghasilkan filem sekuel Venom itu.

Serkis sebelum itu dikatakan berada di pejabat Sony untuk membincangkan projek terbaru Venom itu. Pelakon Tom Hardy turut memuatnaik kemaskini mengenai pemilihan bekas pengarah Mowgli: Legend of the Jungle itu dilaman Instagram miliknya sebelum dia memadam perkongsiannya itu.

Sementara itu, Andy Serkis turut berkongsi berita mengenai pemilihannya sebagai pengarah filem Venom 2 dengan memuatnaik muka hadapan salah satu komik Venom dilaman Instagram.

https://www.instagram.com/p/B0zBaSjB75t/?utm_source=ig_web_copy_link

Walaupun kariernya lebih dunia lakonan, Serkis pernah terlibat dalam kerja-kerja pengarahan apabila menjadi pengarah unit kedua trilogi The Hobbit. Dia juga telah membuat penampilan pertama sebagai pengarah penuh menerusi filem Breath (2017) dan filem kedua iaitu Mowgli: Legend of the Jungle yang ditayangkan di Netflix tahun lepas.


Kepada peminat-peminat Venom, adakah anda teruja dengan pemilihan Andy Serkis sebagai pengarah filem sekuel Venom 2? kongsikan pendapat anda.


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee