Andy Serkis Mungkin Mengarahkan Venom 2

307
views

Pelakon Andy Serkis dikatakan antara salah seorang calon yang sedang diteliti Sony Pictures untuk mengarahkan filem sekuel Venom 2. 

Menurut laporan dari The Hollywood Reporter, pelakon tersebut kini berada di Los Angeles untuk berbincang dengan Sony mengenai projek terbaru studio tersebut. Selain itu juga, laporan dari Variety turut menyebut pengarah filem Bumblebee, Travis Knight dan Rise of the Planet of the Apes, Rupert Wyatt berada dalam senarai berpotensi untuk mengarahkan filem Venom 2.

Jika Serkis dipilih untuk mengarahkan filem Venom 2, ia merupakan filem paling berprofile tinggi dalam kariernya sebagai pengarah. Walaupun pelakon tersebut dikenali sebagai pelakon, Serkis pernah menjadi pengarah unit kedua trilogi The Hobbit. Dia membuat penampilan pertama sebagai pengarah penuh menerusi filem Breath (2017) dan Mowgli: Legend of the Jungle

Selepas kejayaan filem pertama Venom, Sony mengesahkan filem sekuel antihero Sony Marvel itu akan dihasilkan tidak lama lagi. Setakat ini, filem tersebut masih diperingkat awal pembangunan. Sony Pictures telah menetapkan tarikh tayangan Venom pada 2 Oktober 2020.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here