Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Andy Serkis Kongsikan Perwatakan Snoke Dalam Filem Star Wars: The Last Jedi


Andy Serkis yang menjadi ‘Motion capture’ untuk watak Snoke dalam filem Star Wars: The Last Jedi, telah berkongsi sedikit pengalamannya serta perwatakan watak villain tersebut kepada peminat-peminat filem Star Wars baru-baru ini.

Sejak kemunculan pertama Snoke dalam filem Star Wars: A Force Awakens, ia meninggalkan banyak persoalan dan misteri mengenai peribadi, bentuk fizikal dan perwatakan villain tersebut. Malah pengarah Rian Johnson juga memaklumkan bahawa penonton mungkin tidak akan mengentahui latarbelakang Supreme Leader itu dalam filem akan datang, sama seperti misterinya latarbelakang Emperor Palpatine sebelum prekuel Star Wars dihasilkan.

Bagaimanapun, Andy Serkis telah memberikan sedikit maklumat mengenai Snoke semasa beliau ditemuramah oleh wartawan Entertainment Weekly.

Menurut Andy, beliau mengambarkan Supreme Leader Snoke merupakan villain yang sedang terseksa disebabkan kecederaan yang pernah dialaminya. Kecederaan yang begitu teruk sehinggakan dia begitu berdendam dengan puak Resistance yang diperanginya. Andy juga mendedahkan, Snoke merupakan karakter yang cukup berkuasa dan sangat kuasa ‘Force’ nya sangat hebat.

“The thing about Snoke is that he is extremely strong with the Force, the dark side of the Force. He’s terribly powerful, of course. But he is also a very vulnerable and wounded character. He has suffered and he has suffered injury. The way that his malevolence comes out is in reaction to that. His hatred of the Resistance is fueled by what’s happened to him personally.”

Menurut bintang itu lagi, Snoke digambarkan seorang yang sangat dengan Kylo Ren (lakonan Adam Driver). Kebanyakkan kemarahan Snoke ditujukan kepada Kylo Ren kerana Kylo gagal menjadi seperti yang dikehendaki oleh villain terbabit dan lemah.

“His training of Kylo Ren is not yielding what he wants. Therefore, his anger towards Kylo Ren is intensified because he can’t bear weakness in others. Part of the manipulation is goading him with Hux and playing them off against each other.”


Kemungkinan dalam filem akan datang, Rey akan di’seduce’ oleh Snoke untuk menjadi pelajarnya memandangkan Rey memiliki kuasa Force yang lebih hebat dan kuat berbanding Kylo Ren. Ia akan menjadi ujian buat Rey untuk tidak terpedaya dan terperangkap kearah Dark side dalam filem akan datang.

Dalam filem akan datang juga, kita bakal melihat fizikal Snoke yang sebenar selepas watak itu hanya muncul dalam bentuk Hologram dalam filem sebelum ini. Andy juga berkongsi mengenai fizikal Snoke yang mana kecederaan yang dihadapi oleh watak tersebut banyak mempengaruhi perwatakan dan personaliti watak villain itu.

“You witness his physicality. His body is kind of twisted up like a corkscrew, and so he has limited movement. His aggression and his anger is contained and restricted by that physicality.”

Itu perkongsian yang didedahkan oleh pelakon Andy Serkis yang terkenal dalam menghasilkan motion capture untuk beberapa watak terkenal Hollywood. Mungkin kita akan dapat melihat dengan lebih dekat watak Snoke dalam filem The Last Jedi yang diakan ditayangkan pada 14 Disember ini (waktu Malaysia)


Related posts

The Mandalorian Bakal Mendapat Filem Sulung

Kakimuvee

CEO Disney Bob Iger Mahu Kurangkan Kandungan Marvel & Star Wars

Kakimuvee

‘Star Wars: Ahsoka’ Akan Dilancarkan Di Disney+ Hotstar Pada 23 Ogos Ini

Kakimuvee

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Lancar Trailer & Poster Terbaru “Star Wars: The Mandalorian” Musim 3

Kakimuvee

Star Wars: The Acolyte Akan Menjadi Siri Pertama Yang Diterajui Sith

Kakimuvee