Berita

Andy Serkis Dedah THE BATMAN Akan Lebih ‘Darker’

Views

Seperti produksi filem yang lain, The Batman arahan Matt Reeves turut dihentikan penggambaran disebabkan pandemik COVID-19.

Bagaimanapun, ia tidak menghalang salah seorang pelakonnya untuk memberi perkembangan terkini filem adiwira DC itu.

Ketika ditemubual LADBible baru-baru ini, Andy Serkis yang memainkan peranan sebagai Alfred Pennyworth mendedahkan bahawa, filem The Batman akan ‘lebih gelap’ dari versi sebelumnya.

“I would say that’s not far from the truth,”

“It’s very much about the emotional connection between Alfred and Bruce. That’s really at the centre of it. And it is a really exquisite script that Matt has written.”

Aktor British itu – yang kini sedang sibuk menyunting filem Venom: Let There Be Carnage – turut menerangkan yang dia tidak mahu meniru persembahan Alfred dalam filem-filem terdahulu, dan sebaliknya menumpukan perhatian untuk mencipta versinya sendiri

“He [Caine] was fantastic. His Alfred was legendary, I couldn’t even begin to go there, really. You find it for yourself,”

“It’s like playing these iconic roles in Shakespeare, you go back, you revisit them and you have to make it your own, and see what it is about he character that connects with you and your personal venn diagram.”

BACA:  Lionsgate Umum Sekuel DIRTY DANCING

he Batman dibarisi pelakon seperti Robert Pattinson yang memainkan peranan utama sebagai sebagai Bruce Wayne / Batman. Dia akan turut disertai Zoe Kravitz sebagai Selina Klye / Catwoman, Paul Dano sebagai The Riddler, Andy Serkis sebagai Alfred Pennyworth, John Turturro sebagai Carmine Falcone dan bintang Westworld, Jeffrey Wright sebagai Commissioner Gordon dan Collin Farrell sebagai Oswald Cobblepot, aka The Penguin. Peter Sarsgaard dan Jayme Lawson turut membintangi filem ini, sebagai Gotham D.A. Gil Colson dan Bella Reál

Setakat ini, plot filem masih lagi belum didedahkan, tetapi berdasarkan laporan, The Batman akan meneroka tahun-tahun awal Bruce Wayne sebagai Batman.

The Batman akan menemui penonton pada Oktober 2021.

Tinggalkan Balasan

shares