Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Andy Muschietti Sahkan Idea Flashpoint Akan Digunakan Dalam Filem The Flash


Dalam artikel yang lalu, kami pernah kongsikan mengenai kemungkinan Andy Muschietti akan menggunakan idea ‘Flashpoint’ dalam filem The Flash arahannya. Kini segalanya terjawab apabila pengarah tersebut mengesahkan bahawa dia akan kekal dengan idea Flashpoint dalam filem akan datang.

Via The Hashtag Show, Muschietti telah mengambil bahagian dalam sesi soal jawab bersama pelakon Underwater. Ketika mengendalikan sesi panel, Muschietti mengesahkan bahawa dia akan memulakan secara rasmi produksi The Flash penghujung tahun ini, dan akan berdasarkan ‘Flashpoint’. Bagaimanapun, dia menjelaskan bahawa ‘versi Flashpoint ini akan berbeza dari apa yang peminat harapkan’.

Pada 2017 yang lalu, Warner Bros. telah mengumumkan bahawa filem The Flash akan diinsprasikan dari komik Flashpoint ciptaan Geoff Johns dan Andy Kubert. Plot Flashpoint telah diangkat dalam bentuk animasi berjudul Justice League: The Flashpoint Paradox pada tahun 2013, dan siri televisyen Arrowverse pada musim ketiga.

Adapatasinya ke layar perak bakal memberi peluang kepada pihak studio untuk memperbetulkan kesinambungan DCEU yang telahpun berada dalam keadaan celaru.

The Flash telah dijadualkan tayangannya pada 1 Julai 2022



Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee