Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Andy Muschietti Ingin Melihat Jessica Chastain Bawa Watak Bev Dalam Sekuel IT


Filem It kini telah berjaya mencatat kutipan yang sangat memberangsangkan dengan berjaya mengaut $189.4 juta dolar, jauh lebih tinggi dari modal yang dikeluarkan untuk menghasilkan filemnya. Dengan prestasi yang cukup baik ini, ia telah mengesahkan 100% sekuel It dihasilkan.

Melihat kejayaan filemnya sekarang, pengarah Andy Muschietti dan penerbit Barbara Muschietti boleh merancang untuk menghasilkan filem kedua serta boleh memikirkan siapakah aktor-aktor yang layak untuk membawakan watak-watak dewasa The Losers Club dalam filem akan datang.

Menurut laman web Variety , salah seorang pelakon yang kini berada dalam pemerhatian pengarah terbabit adalah Jessica Chastain. Beliau dan pelakon tersebut pernah berkerjasama dalam beberapa filem antaranya dalam filem Mama. 

“Jessi is an amazing actress and very good friend and I would love her to play Beverly. She loves the movie and it feels like the planets are aligned in that sense, but we still have to make that happen. There are a lot of ideas for the rest of the cast that I’m playing with, but it’s a bit too premature to say those names right now.” – Andy Muschietti, Variety

Jessica Chastain yang berusia 40 tahun banyak membintangi filem-filem sains fiksyen, drama dan juga berlakon dalam beberapa filem aksi. Filem Mama yang mana filem yang dibintanginya dibawah arahan pengarah tersebut merupakan filem bergenre thriller horror dan pengalaman mereka bekerjasama menyebabkan Andy mahu melihat aktres terbabit membawakan watak dewasa Bev dalam filem akan datang.

Bagaimanapun, kita perlu menunggu pengesahan rasmi dari studio New Line Cinema tentang barisan baru pelakon dalam filem kedua It yang dijangka akan dikeluarkan pada tahun 2019



Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Welcome to Derry: Siri Prekuel “It” Kini Sedang Dibangunkan Di HBO MAX

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

The Division: Rawson Marshall Thurber Ambil Alih Kerusi Pengarahan

Kakimuvee