Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Andy Muschietti Bakal Mengarahkan Filem The Flash


Perancangan filem DC, The Flash yang sebelum ini menjadi tanda tanya akhirnya terjawab apabila pengarah filem IT, Andy Muschietti dilaporkan sedang berunding dengan studio Warner Bros. untuk mengalas tugasan pengarahan filem adiwira tersebut.

Menurut laporan dari The Hollywood Reporter , isteri Muschietti, Barbara Muschiettie akan bertindak selaku penerbit bagi pihak Warner Bros. bersama-sama seorang lagi penerbit, Michael Disco.

Christina Hodson yang terlibat dalam pembikinan filem Bumblebee dan Bird of Prey telah dipilih untuk menulis skrip filem The Flash. Hudson menggantikan tempat John Francis Daley dan Jonathan Goldstein yang berundur atas sebab-sebab pencanggah idea kreatif. Skrip yang ditulis oleh kedua-dua mereka telah dihantar ke Warner Bros., tetapi pihak studio telah menolak skrip yang mereka hasilkan.

Ezra Miller yang membawakan watak The Flash dalam filem  Batman v Superman: Dawn of Justice dan Justice League sebelum ini dijangka akan kembali meneruskan wataknya itu walaupun filem-filem DC telah dirombak secara besar-besaran.

Filem terbaru Warner Bros./DC ini dijangka akan memulakan persiapan pada awal tahun hadapan.



Related posts

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Netizen Kecewa Dengan CGI Buruk Atlanna Lakonan Nicole Kidman Dalam Teaser Aquaman and the Lost Kingdom

Kakimuvee