Trivia

Anda Peminat Filem Seram Bertemakan Ahli Sihir? Ini 5 Filem Yang Anda Boleh Tonton Secara Atas Talian

Views

 

Ilmu hitam, ahli sihir, merupakan antara tema yang sering digunakan dalam filem-filem bergenre seram. The Blair Witch Project, The Witch, The Autopsy of Jane Doe antara yang popular dikalangan peminat-peminat seram.

Disini kami ingin kongsikan 5 filem seram bertemakan "Ahli Sihir" yang anda boleh tonton dilaman penstriman atas talian. (Anda mungkin perlu mendaftar terlebih atau menggunakan VPN sebelum dapat menontonnya)

Black Sunday

Perkhidmatan Penstriman: Kanopy, Tubi

Mario Bava merupakan nama yang tidak asing lagi dalam dunia filem-filem seram. Dia diberi jolokan  "Master of Italian Horror" kerana filem-filemnya yang agak menakjubkan dan tidak segan silu memaparkan adegan-adegan ngeri. Dia membuat debut pengarahan menerusi filem Black Sunday pada tahun 1960. Disebabkan terlampau ngeri, Black Sunday telah diharam di UK selama 8 tahun sebaik dilancarkan.

Black Sunday berkisarkan tentang ahli sihir Asa Vajda (lakonan Barbara Steele) yang bersumpah untuk kembali membalas dendam sebelum dibunuh oleh algojo. 200 tahun selepas kematiannya, dia bangkit dari kubur dan merasuki keturunannya, Katia, supaya dapat meneruskan keganasan.

Inferno

Perkhidmatan Penstriman: Shudder

Entri kedua Dario Argento dalam trilogi Three Mothers yang juga sekuel kepada filem seram terkenal, Suspiria. Inferno berkisarkan tentang seorang pelajar kolej Amerika dan adiknya yang menyiasat dua lokasi dimana menjadi penempatan kumpulan ahli sihir.

Apa yang menariknya tentang filem ini, Argento telah menjemput mentornya Mario Bava untuk memberikan beberapa kesan optik dan seni untuk filem ini, dan hasilnya, ia memberi satu urutan babak bawah laut yang paling cantik dan menghantui sepanjang masa. Bagi yang meminati Suspiria, jangan lupa untuk saksikan Inferno.

Pyewacket

Perkhidmatan Penstriman: Hulu

Dari penulis / pengarah Adam MacDonald (Backcountry), Pyewacket berkisarkan tentang remaja Leah Reyes (Nicole Munoz) yang marah, dengan perasaan benci yang serius terhadap ibunya setelah kematian ayahnya. Setelah bertengkar, Leah melakukan ritual dan mendoakan kematian ibunya. Dia tidak menyedari bahawa dia telah memanggil ahli sihir Pyewacket, yang datang untuk mengabulkan permintaan itu.

Filem ini memaparkan momen yang sangat menyeramkan dan tidak menentu serta membina hubungan yang emosional dan bergelora antara ibu dan anak perempuan.

The Autopsy of Jane Doe

Perkhidmatan Penstriman: Netflix

Filem yang misteri lagi menyeramkan. The Autopsy of Jane Done memaparkan seorang koroner dan anaknya yang menghadapi peristiwa pelik dan misteri selepas menerima tubuh seorang wanita muda yang tidak dikenali.

Elemen ketakutkan dilaksanakan dengan begitu baik, twist yang bijak serta prestasi hebat pelakon Brian Cox dan Emile Hirsch banyak membantu dalam memberikan persembahan supernatural yang begitu serius. Walaupun naratif untuk mendedahkan kebenaran disebalik tubuh Jane Doe agak perlahan, ia memberikan sesuatu yang baru kepada penonton, dan lebih penting, ia sangat menakutkan.

Warlock

Perkhidmatan Penstriman: Vudu

Diarahkan oleh Steve Miner (House, Friday the 13th Part II), Warlock dibintangi Julian Sands sebagai Warlock yang melarikan diri dari abad ke-17 ke masa sekarang kerana ingin mengelakkan hukuman bunuh. Pemburu ahli sihir, Giles Redferne (Richard E. Grant) telah mengejarnya dan bertekad untuk mengakhiri kejahatan. Giles kemudiannya bekerjasama dengan pelayan Kassandra (Lori Singer) dan mula memburu Warlock yang berazam untuk memusnahkan dunia.  Sands dan Grant memberikan gandingan yang hebat dan menghiburkan dalam filem ini

Sumber: Bloody Disgusting

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks