Selepas beberapa minggu spekulasi mengenai filem ketiga Cloverfield, akhirnya segala persoalan terjawab apabila filem yang berjudul The Cloverfield Paradox ditayangkan pada hari ini dilaman streaming Netflix.
Sebelum ini, filem yang diterbitkan oleh J.J Abrams dikatakan akan ditayangkan dipawagam pada April sebelum ditukar ke siaran Netflix.
The Cloverfield Paradox dibintangi oleh David Oyelowo, John Ortiz, Elizabeth Debicki, Gugu Mbatha-Raw, Chris O’Dowd, Ziyi Zhang dan Daniel Bruhl, manakala Julius Onah bertindak selaku pengarah.
Plot filem:
“In the near future, a group of international astronauts on a space station are working to solve a massive energy crisis on Earth. The experimental technology aboard the station has an unexpected result, leaving the team isolated and fighting for their survival.”