Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Slot Tempatan

Anak Perjanjian Syaitan Berjaya Kutip RM1 Juta Dalam Tempoh 5 Hari Tayangan

Filem seram tempatan Anak Perjanjian Syaitan berjaya mencipta kejutan apabila berjaya meraih RM 1 juta sejak ia ditayangkan pada 24 Oktober yang lalu. Kejayaan tersebut boleh dianggap membanggakan kerana filem arahan Helmi Yusof itu perlu merebut tempat dengan beberapa filem Hollywood yang kini sedang hangat ditayangan dipawagam-pawagam tempatan.

“Sudah tentu ia satu perkembangan yang positif, apatah lagi “Anak Perjanjian Syaitan” terpaksa bersaing dengan filem-filem besar Hollywood lain seperti “Maleficent Mistress Of Evil”, “Terminator: Dark Fate” dan “Joker”.

“Bagaimanapun, kami percaya dengan kekuatan jalan cerita yang ditampilkan dalam filem ini serta maklum balas positif daripada penonton,” ujar penerbit Screen Studios Sdn Bhd iaitu Saifuhaq Anani.

Anak Perjanjian Syaitan berkisarkan tentang pasangan suami isteri iaitu Zaidi dan Azlinda yang berpindah ke sebuah kawasan terpencil bagi melarikan dari ibu Zaidi yang sering mencemuh isterinya kerana belum hamil walaupun sudah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga.

Azlinda kemudian mendapat berita gembira apabila mendapat dirinya hamil, bagaimanapun dia mula mendengar suara bayi dan kanak-kanak bermain termasuklah diganggu oleh suara itu dan mimpi aneh.

Filem yang dibintangi oleh Nadzmi Adhwa, Chacha Maembong, Jasmid Hamid, Azlan Komeng dan Sahronizam Noor ini sedang hangat ditayangkan dipawagam berdekatan anda.

Sumber: Cinema Online

Related posts

DRAMA KAHWIN PAKSA ‘CIK AYU MEE SANGGUL’ TIDAK KLISE

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Poster Filem Prekeuel “Army of Thieves”

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Go Shop Menjenamakan Semula CH111 Kepada BAARU Demi Menyasarkan Lebih Ramai Golongan Milenial Di Malaysia

Zulaikha

CLUB MICKEY MOUSE KEMBALI DENGAN MUSIM 4, TAYANGAN EKSKLUSIF DI DISNEY + HOTSTAR BERMULA 28 JULAI

Kakimuvee