Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Anak Perempuan Stan Lee Berpihak Kepada Sony, Sifatkan Disney Sebagai “Teruk”

Konflik diantara Sony Pictures dan Disney terus mendapat perhatian, terutamanya dari anak perempuan mendiang Stan Lee, iaitu Joan Celia Lee. Menurut laporan dari TMZ, Celia Lee telah berpihak kepada Sony dan beranggapan studio terbabit membuat keputusan yang betul.

Dalam masa yang sama, dia turut menghentam Marvel dan Disney dengan menyifatkan kedua-dua pihak itu tidak menghormati waris dan melayan mendiang bapanya dengan begitu teruk sekali.

“When my father died, no one from Marvel or Disney reached out to me. From day one, they have commoditized my father’s work and never shown him or his legacy any respect or decency. In the end, no one could have treated my father worse than Marvel and Disney’s executives.”

Bagaimanapun, Comicbookmovie.com menyifatkan kenyataan Celia Lee itu masuk akal, kerana mendiang diberi penghormatan oleh Marvel Studios beberapa kali sejak kematiannya. Malah, Celia Lee juga turut dikaitkan dengan dakwaan bahawa dia telah melakukan penderaan fizikal dan psikologi terhadap bapanya, serta ibunya, Joan Lee, sebelum kematian Joan pada Julai 2017.

Apapun, terpulang kepada peminat untuk menilai kenyataan Celia Lee terhadap Disney dan Marvel Studio mengenai layanan mereka terhadap legenda komik Marvel itu. Mungkin apa yang dikatakan anak si mendiang itu benar, dan mungkin juga dia sekadar menangguk di air keruh.

Related posts

Foto Set Penggambaran “Thor: Love and Thunder” Beri Pandangan Pertama Christian Bale Sebagai ‘Gorr the God Butcher’

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “Spider-Man: No Way Home” Dedah Pertemuan Spidey & Doctor Strange Di Sanctum Sanctorum

Kakimuvee

“Jungle Cruise” Kutip $90 Juta Dolar Pada Minggu Pertama Tayangan

Kakimuvee

Trailer Terbaru “Venom: Let There Be Carnage” Tunjuk Keganasan Villain Utama

Kakimuvee

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Leave a Comment