Nampaknya isu pemecatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mendapat respond dari beberapa artis tanah air. Ada yang secara terang-terangan menyokong Bekas Timbalan Perdana Menteri, ada juga sekadar menzahirkan secara tersirat.
Paling terkesan ialah anak Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga seorang penyanyi, Najwa Mahiaddin yang memuat naik status “Allah knows best” yang mana mendapat lebih kurang 8000 tweets. Rata-rata peminat menyatakan sokongan dan memberi kata-kata semangat kepada beliau diatas pemecatan ayahnya itu.
Allah knows best.
— NJWA (@NJWAmusic) July 28, 2015
Manakala pelakon Hans Isaac pula, beliau memuat naik gambar bekas TPM di Instagram beliau dengan Caption “XPDM, All the best Tan Sri“
XDPM . All the best Tan Sri . https://t.co/q9MILnWiNu
— hans isaac (@hansisaacactor) July 28, 2015
Bagi beberapa artis lain seperti Angah Raja Lawak, Shila Amzah dan Adibah Noor turut mengeluarkan status tersirat mengenai keadaan politik tanah air.
Sedih Rasanya Bila Kena Buat Rombakan Jugak kt Office ni! 🙈 #untukmajukedepan https://t.co/MEwY809ddV
— ANGAH (@angah_lawaking) July 28, 2015
https://twitter.com/Shilaamzah/status/625940829815701505
— ADIBAH NOOR 🇲🇾😼 (@adibahnoor) July 28, 2015
Bagi bekas peserta Akedemi Fantasia, Zahid AF, turut terkesan dengan situasi politik tanah air apabila ramai peminat menyamakan nama beliau “Zahid” dengan Timbalan Perdana Menteri yang baru Dato Sri Zahid Hamid.
Yang naik tu bukan saya.. Jgn mintak tender dengan saya ok? Saya rakyat biasa jew..
— Zahid Baharudin (@zahidbaharudin) July 28, 2015
Pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan juga rombakan kabinet menimbulkan kemarahan rakyat kerana mereka menyatakan bukan TPM yang patut dirombak, tetapi Perdana Menteri itu sendiri. Kita tunggu respond dari artis – artis yang lain mengenai isu ini nanti.
1 comment
#prayforMalaysia