Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Anak Michael Jackson, Paris Jackson Menjadi Aktress Hollywood

Satu-satunya anak perempuan bekas penyanyi pop terkenal, Michael Jackson iaitu Paris Jackson bakal membuat kemunculan pertama sebagai pelakon dalam filem yang masih belum diberi tajuk arahan Nash Edgerton dan terbitan Amazon Studio.

Menurut laporan Deadline, watak yang bakal dibawakan gadis tersebut masih belum diketahui sepenuhnya, tetapi dia bakal membawa karakter gadis berumur 20-an bernama Nelly dalam filem tersebut.

Paris memulakan karier lakonannya pada awal tahun lalu dalam sebuah TV siri yang berjudul Star dan dia hanya berlakon dalam satu episod sahaja dengan membawakan watak Rachel Wells.

Sementara itu, filem yang bakal dibawakan oleh pengarah Nash Edgerton itu adalah mengisahkan seorang ahli perniagaan, Harold Soyinka yang dilakonkan oleh David Oyelowo dan genre filem arahannya itu lebih kepada “dark comedy”.

Selain daripada Paris dan David Oyelowo, beberapa pelakon turut berlakon dalam filem ini antaranya bintang The Fate of the Furious, Charlize Theron, Amanda Seyfried, Yul Vazques, Thandie Newton, Sharlto Copley dan adik pengarah filem berkenaal, Joel Edgerton.

Filem tersebut ditulis oleh Anthony Tambakis dan Matt Stone, dan tarikh tayangannya masih belum diketahui.

 

Related posts

Penamat Alternatif ‘John Wick 4’ Telah Dirakam, Tetapi Dibuang Selepas Tayangan Ujian

Kakimuvee

Liv Tyler Akan Kembali Ke MCU Dalam Filem ‘Captain America: New World Order’

Kakimuvee

ZEE5 dan Viu Kini Boleh Diakses di Kedua-dua Astro Ultra dan Ulti Box

Kakimuvee

Box Office: John Wick Lagi Laku Dari Shazam! Fury of the Gods

Kakimuvee

Jonathan Majors Ditahan Kerana Dakwaan Serangan & Keganasan, Keluarkan Kenyataan Nafi Tuduhan

Kakimuvee

Gambar Belakang Tabir ‘Joker 2’ Dedah Pakaian Harley Quinn Lakonan Lady Gaga

Kakimuvee

Leave a Comment