
Bintang Knives Out, Ana De Armos dilaporkan sertai barisan pelakon filem Netflix, The Grey Man terbitan Russo Brothers.
Dia akan tampil disamping Chris Evans dan Ryan Gosling dalam filem aksi thriller yang ditulis oleh Joe Russo bersama Christopher Markus dan Stephen McFeely.
The Gray Man akan mengikut kisah Gentry (Gosling) yang diburu oleh Lloyd Hansen (lakonan Evans), yang juga merupakan bekas sekutunya semasa di CIA.
Filem ini berdasarkan dari novel terbitan tahun 2009 oleh Mark Greany yang berkisar tentang Court Gentry, bekas operatif CIA yang dikenali sebagai “Gray Man.”
Russo Brothers akan menjadi penerbit menerusi syarikat AGBO bersama-sama Mike Larocca. Joe Roth dan Jeff Kirschenbaum menjadi penerbit melalui Roth Kirschenbaum.
Sumber: The Hollywood Reporter