Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Amy Pascal Sahkan Venom 3 Berada Dalam ‘Peringkat Perancangan’

Apabila ditanya mengenai masa depan francais Venom pimpinan Tom Hardy, penerbit eksekutif Amy Pascal telah mengesahkan bahawa Venom 3 kini berada dalam “peringkat perancangan.”

Walau bagaimanapun, Pascal difahamkan tidak dapat menghuraikan lebih lanjut tentang rancangan mereka untuk ansuran ketiga selepas Venom: Let There Be Carnage kerana mereka kini sedang memberi tumpuan kepada pelancaran Spider-Man: No Way Home yang dinanti-nantikan.

“Kami dalam peringkat perancangan sekarang, tetapi apa yang kami fokuskan kini adakah untuk menarik penonton datang dan melihat No Way Home,” kata Pascal kepada Collider.

Selepas dilancarkan pada 1 Oktober yang lalu, sekuel itu berjaya memecahkan rekod box office pandemik dengan menjadi filem kedua yang mendapat kutipan tertinggi tahun ini. Di A.S.,Ā Venom 2 mendapatĀ kutipan domestik lebih $200 juta dan kutipan kasar di seluruh dunia melebihi $480 juta.

Venom: Let There Be Carnage diarahkan oleh Andy Serkis daripada lakon layar yang ditulis oleh Kelly Marcel, berdasarkan cerita oleh Tom Hardy dan Marcel. Ia menampilkan calon Oscar Tom Hardy sebagai pelindung maut popular komik Marvel.Ā 

Sekuel ini juga turut menyaksikan kepulangan Michelle Williams, Reid Scott, dan Peggy Lu. Ia juga menampilkan bintang seperti Woody Harrelson sebagai pembunuh bersiri gila Cletus Kasady/Carnage, Naomie Harris sebagai Frances Barrison/Shriek, dan Stephen Graham sebagai Detektif Mulligan.

Related posts

Kutipan Polis Evo 3 Meningkat Sehingga RM3.4 Juta

Kakimuvee

‘Dead Reckoning Part 1’ Cipta Rekod Durasi Tayangan Paling Panjang Dalam Francais ‘Mission: Impossible’

Kakimuvee

Sony Dedah Trailer Red Band Terbaru ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Kongsi Kata Laluan Netflix, Tetapi Tinggal Di Kediaman Berbeza? Anda Akan Dikenakan Yuran RM13

Kakimuvee

Viu Lancar Drama Thriller Psikologi, Mengubah Memori Manusia Dalam Alter-Naratif

Kakimuvee

Menjelang Tayangan Pawagam, Warner Bros. Lancar Trailer Terakhir ‘The Flash’

Kakimuvee

Leave a Comment